Thursday, April 14, 2011 | By: Luna Biru

Harga sebuah perjuangan...Di sinilah segalanya bermula

Banyak pengajaran yang kukutip sepanjang temasya Kejohanan Bola Baling Bawah 12Tahun MSSD MSSM 2011 ini. Ini merupakan satu dimensi baru dalam kehidupanku menjadi guru selama hampir 12 tahun. Untuk pertama kalinya aku diberi kepercayaan untuk melatih skuad bola baling sekolah ke peringkat daerah. Kalau selama ni, aku tak pernah tahu apa-apa pun pasal sukan dan hanya tertumpu kepada bidang ICT semata-mata. Namun, Sk.Surati telah membuka laluan untukku menapak ke satu arah yang jauh menyimpang dari kehidupanku selama ini.


Aku bermula benar-benar dari bawah, dari titik paling kosong dan tanpa bentuk. Niatku pada mulanya hanyalah sebab nak merasa penatnya di padang macam yang abang rasa selalu. Aku memang tidak pernah ada peluang untuk terlibat dalam acara padang kerana matapelajaran yang kuajar menuntut tumpuan yang lebih dan diberi keutamaan. Namun, sokongan dari guru besar, Encik Duraman Bin Bakar telah memberi suntikan baru dalam perjalanan hidupku. Akhirnya, terbentuklah pasukan bola baling Sk.Surati menggantikan pasukan bola tampar yang ada selama ini.

Sebagai orang baru di dunia yang serba aneh ini, aku cuba mempelajari setiap belok dan selusur yang terbentang dan tersembunyi di depan mataku. Aku bertatih dari bawah dan cuba menapak selangkah demi selangkah dengan bantuan sifu utamaku, abang dan rujukan-rujukan internet. Memang agak susah pada mulanya, malah ia tetap susah hingga ke akhirnya. Meski tersungkur di dada perjuangan, namun aku tahu, ini bukan pengakhirannya. Malah, inilah permulaan untuk segalanya. Bertitik tolak dari semua ini, aku akan mengatur langkah untuk memulakan strategiku agar aku dapat berada di situ...di tengah padang...bersorak atas kemenenanganku seperti mereka.

Apa yang paling penting yang kupelajari ialah, komitment dan kerjasama dalam membentuk dan melatih pasukan tidak seharusnya terbeban di bahu seorang jurulatih sahaja. Pasukan yang hebat lahir dari jurulatih yang hebat. Aku sedar ketidakmampuanku untuk mencapai taraf itu. Aku baru setahun jagung. Tanpa pengalaman, tanpa ilmu, aku berkeras juga untuk melangkah ke hadapan. Namun aku cukup berbangga dengan keberanianku sungguhpun akhirnya aku mungkin akan menjadi bahan ketawa orang. Tapi aku percaya, bahawa di sinilah bermulanya segalanya.

Terimakasih kepada abang yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan yang padu. Abang sanggup turun padang melatih pasukanku baik di masa  latihan bahkan sampai ke tengah padang perlawanan. Di saat aku sudah putus asa dengan pasukanku yang terus tewas, dia berdiri di tepi padang dan terus menyokong pasukanku serta memberi arahan untuk bertindak. Dia malah mengumpul pasukanku untuk memberikan sesi taklimat sebelum dan semasa pertandingan diadakan sedangkan dia juga punya komitment lain di padang yang sama.

Terima kasih juga pada Kak Anah, Arief dan Fendi yang meluang masa melatih pasukan ini dua minggu sebelum perlawanan diadakan. Semoga kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi tahun depan agar kita dapat membentuk satu pasukan yang berkualiti dan hebat. Terima kasih juga untuk Bas yang selalu memberi sokongan moral, dan semoga lain kali, ianya lebih dari itu.

Ini adalah mimpi yang paling baik yang pernah aku alami.

Abang is the best, ever!
My coach team...suppose
Kak Anah, the emcee yang hebat, good coach
Beraksi dengan spek c Noy. huhu...
Susah betul pulak kerja jadi setiausaha a.k.a jurulatih dan pengurus pasukan ni kan? 
With the ladaies in pink : Eri, Mimi and Noy. 

0 comments:

Post a Comment