Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengedarkan 1,844 komputer netbook kepada pelajar-pelajar yang layak dari seluruh daerah Papar. Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga merupakan Ahli Parlimen bagi daerah Papar. menurut beliau, 900 unit lagi akan dihantar kepada pelajar-pelajar di Kinarut kemudian nanti. MCMC diwakili oleh Timbalan Pengarah bagi Sabah dan Labuan, Karmilla Amirkhan.
Pemberian netbook 1Malaysia dibawah program pemberian Netbook 1Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah pelaksanaan jalur Lebar Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik yang dilakukan oleh SKMM seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.
Sungguhpun terdapat pro dan kontra diatas pemberian netbook ini, namun perkara-perkara tersebut perlulah ditangani dengan bijak. Pemberian netbook ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki dan menggunakan teknologi sedia ada dengan maksima. Pada masa akan datang tiada lagi istilah BUTA IT dikalangan rakyat Malaysia.
Ibu bapa juga perlu mengawasi anak mereka kerana bimbang penyalahgunaan netbook tersebut. Sebelum ini juga dikhabarkan penggunaan internet menyumbangkan banyak masalah gejala sosial dikalangan pelajar seperti kes rogol, buang anak dah sebagainya. Aktiviti-aktiviti mereka perlu dikawal agar netbook ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi kesan positif kepada pelajar.
Oleh itu kepada penerima netbook ini hargailah usaha kerajaan dan gunalah pemberian ini sebaik mungkin dan elakkan dari melayari laman web berunsur negatif kerana ia lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Buruk baik penggunaan IT adalah bermula dari diri kita sendiri.
Pakej yang ditawarkan adalah:
* Pakej Wi-fi (Hotspot) dengan Netbook (percuma).
* Harga pakej Wi-fi ialah RM 217.20 setahun.
* RM 11.20 bagi 6 bulan pertama, RM 25.00 bagi 6 bulan berikutnya.
* Tempoh minimum langganan adalah selama 12 bulan.
* Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
* Pendaftaran pakej hendaklah didaftarkan atas nama Bapa/Ibu/Penjaga kepada pelajar.
* TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
* Sebarang kekurangan/kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
* Penghantaran Netbook akan dilakukan oleh pihak pembekal kepada Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK).
* Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh pihak TM.

Murah dari yang asal........
Silakan klik untuk infor selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment