Saturday, April 23, 2011 | By: Luna Biru

PHD?

Tau tak apa tu PHD?

Penyakit Hasad Dengki....

Aku pun tak tau bila masa orang cipta akronim ni menggantikan istilah PHD yang sebenar. Huhu...

Kenapa aku cerita pasal PHD dalam entry kali ni?

Pasal baru-baru ni aku telah dicop sebagai  manusia PHD di muka bumi ini. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengar istilah itu disebut di hadapanku. Dalam masa setahun ni, dah dua kali aku dengar orang tuduh aku dengan perkataan ni. Kenapa ya? Muka aku ni menampakkan ciri-ciri jeles ke dengan korang?
Lebih baik aku mengucap panjang-panjang dulu....

Sebenarnya, aku cukup pelik bila orang tuduh aku macam ni. Aku PHD? PHD tu aku? Wah...terharu betul aku dengan istilah ni. Soalnya, seumur hidup aku, aku belum pernah lagi nak merasa dengki dan hasad dengan orang lain. Baik samada dengkikan kejayaannya, kelawaannya mahupun kekayaannya. Bukanlah bermakna aku ni manusia yang hidup tanpa nafsu. Tapi, aku selalu berfikir bahawa setiap manusia itu ada lubuk rezekinya masing-masing. Kau jaga periuk kau, aku jaga periuk aku. Kenapa mesti aku nak jeleskan kejayaan orang lain pula? Bahkan aku sendiri tidak pernah peduli untuk bersaing dengan sesiapa pun. Aku hanya jalankan hidup aku seadanya. Kalau aku nak berjaya, aku cuba berjaya dengan cara aku sendiri. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Kelebihan kau, itu rezeki kau, kelebihan aku, itu pula bahagian aku. Tak wujud istilah PHD-PHD yang bangang ni.

Aku masih ingat lagi satu ayat yang ditulis dan ditujukan untuk aku di halaman facebook kira-kira 6 bulan lepas. Ayatnya lebih kurang macam ni;
"Entah apa lagi yang dia mahu dari saya. Dia sudah cantikkan? Jadi apalagi yang dia mahu? Tidak pandai bersyukur punya orang. Heran saya...."

Ha...lebih kurang begitulah bunyinya ayat tersebut.

Ya...apalagi ya yang orang ada yang aku mahu?
Hmmm....mana-mana sajalah. Sebagai manusia yang kerdil lagi hina di sisi Allah, aku terimalah tuduhan tu dengan redha. Walaupun sakit hati aku nak terima. Asalkan korang tahu, aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada selama ini. Betul aku tak berjaya macam orang lain, degree pun dah terkantoi dua tahun. Tapi aku tahu, suatu hari nanti, rezeki itu akan sampai juga. Betul, aku masih menumpang tinggal dengan mak bapak aku, tapi hakikatnya aku dah ada 3 buah apartment menanti bila aku pencen nanti. Betul, aku tak secantik orang lain, tapi aku punya kelebihan tersendiri. Betul, aku bukan popular di sini, tapi buat apa aku nak hidup  popular, aku bukan artis pun. So, tiada apa-apa padamu yang boleh aku dengkikan...Berhentilah berfikir bahawa semua orang cemburu dan dengki padamu.


1 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Obviously orang tu yang dengki and jeles sama ade, so kata kata dia tu mencerminkan perasaan dia yang sebenarnya phd sama ade. Inilah perangai yang memecahbelahkan umat dan ukhwah. Semoga yang terlibat sedar dan bertaubat.

Post a Comment