Akhirnya aku bergegas ke Pekan membawa serangkaian borang yang perlu kuphotostat, menghantarkannya ke kedai dan dengan speeding yang menggila, aku larikan kereta ke Pantai Manis. Aku cuma ada masa satu jam saja untuk selesaikan semua ni sebab jam 11.30 nanti, kena masuk kelaslah pulak di 4 Intelek. Begitu sampai, aku cuma mengambil helmet yang sudah diselamatkan oleh sepupuku yang bergerai di situ tanpa sepatah kata pun. Otakku terlalu bengang untuk menghantar isyarat ke mulutku yang sudah terlanjur bisu. Lepas tu aku larikan lagi kereta ke pekan. Tanpa disangka-sangka, di simpang Kg.Berundung, tayar keretaku sebelah kanan belakang meletup. Mau menangis saja aku waktu tu menikmati penambahan episod demi episod kejadian gila dalam hidupku hari ini.
Dalam kepasrahan itu, tetiba singgah sebuah kereta kancil dengan seorang pemandu remaja perempuan yang comelnya buat aku terpana seketika. Aku rasa, seorang bidadari sudah dihantar oleh Tuhan untuk menolongku. Senyumnya manis dan perawakannya ramah sekali. Dia membawaku ke bengkel milik sepupunya yang bernama Ah Tak (bukan cina tau, tapi orang berunai), tidak jauh dari tempat kejadian tu. Ah Tak, the mechanic boy pinjamkan aku tayar dan rim sekali. Tak cukup dengan tu, dia buat semua kerja sekali. Waktu ni lah juga abang datang dengan motor merahnya, bersama-sama membantu Ah Tak menyelesaikan masalah tayar aku ni. Yang buat aku terharu, budak tu langsung tak terima bayaran aku walaupun aku kata ia cuma satu sumbangan ikhlas. Dia cuma harap aku kembalikan rim dan tayarnya kalau aku dah beli baru, supaya dia boleh tolong orang lain pulak lain kali. Huhu...terharunya aku...To the stranger girl dan Ah Tak yang ibunya punya kedai songkok bernama Taraf Yakin, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah jua yang membalaskannya untuk kalian.
Ok. So,aku ingatkan semuanya dah setel. Aku pun masuklah ke dalam kereta dan memandu dengan tenang. Segala kekecohan mindaku tadi usai begitu sahaja. Mungkin Allah sengaja letupkan tayar kereta aku sebab Dia tidak mahu aku terus-menerus jadi buntu dalam ketegangan kerjaku. Ketegangan itu sudah buat aku jadi pemarah dan celupar. Dalam pagi ni saja, sudah banyak hati yang terluka kerana mulutku. Mungkin aku kena sumpahan dorang sebab aku dan singgungkan hati dorang.
Nak dijadikan cerita, barupun beberapa langkah aku merayap, tetiba saja, tayar belakang sebelah kiri pulak meletup. Ya Allah....ok, kali ni aku rasa Allah betul-betul dah tegur aku ni. Nasib baik abang ada ikut dari belakang. So, bermulalah sekali lagi episod penukaran tayar macam tadi. Bila aku lirik jam, alamak...dah pukul 11.08 pagi, matilah...sekejap lagi kelas aku!
Bila semua dah setel, aku berlari ke kedai photostat untuk ambil tempahanku tadi. Tau-tau dia belum mula pun! Punyalah aku marah...tapi aku dah tak daya lagi nak buka mulut pun. Akhirnya aku terduduk di depan kedainya dengan bahu jatuh macam orang kalah judi. Bila sampai jam 11.20 dia tak siap-siap juga, terpaksalah aku sms PK.Kokum aku beritahu hal yang sebenar. Syukurlah dia mahu gantikan kelas aku sementara tunggu aku balik semula ke sekolah.
Dan...Alhamdulillah...semuanya selesai tepat jam 11.40 pagi. Aku pulang ke sekolah dengan hati yang tersenyum. Aku sambung balik mengajar dan lepas tu, baru aku sedar, rupanya banyak lagi yang aku kena photostat.Kos sendiri lagi tu. Entah ada claim ka tidak. Oh no....Not again! Kos copy hari ni saja sudah cecah RM50 oooo.....
Akhirnya, tepat jam 1.30, kerjaku totally selesai. Alhamdulillah....Kali ni confirm selesai. Tapi satu babak saja...banyak lagi babak dalam senarai kerja aku tu yang perlu disiapkan malam ni juga, atau selewat-lewatnya esok. Pulang rumah aku tersungkur di tepi katil dengan tangisan dalam hati. Aku menyesal sebab marah-marah orang dari pagi yang menyebabkan orang tidak redha sama aku sampai nasibku jadi berantakan begini. Esok aku mahu minta maaflah sama dorang. Huhu...
Yang aku bersyukur lagi, petangnya, aku dapat juga aturkan perlawanan persahabatan bola baling dengan Sk.Kuala team lelaki. Yang kemudiannya, bila selesai baru aku ingat, ada 3 perkara aku lupa hari ini; 1-beli tiles (abah dah pesan dari minggu lepas), 2- ambil kalung emas umi yang dah siap diperbaiki (pun dari minggu lepas) dan beli raket badminton Arin (untuk digunakan lusa). Masing-masing dorang merajuk dengan kelupaanku. Umi cakap aku telampau pentingkan kerja sampai lupa pesanannya. Ah...susahnya jadi aku!
ginilah ropa aku waktu menghadapi kemelut itu tadi. huhu |
3 comments:
Duina kesian kawanku sayang. Nah, aku kasi virtual hugs for you ah. Hugs.
i know how u feel...i've been there 2...hugs fr me 2...
pengajarannya; be professional. Jangan marah-marah kalau sedang stress menyebabkan orang tak redha dengan kita. huhu...ini baru namanya teguran direct dari Tuhan. Amin...aku disedarkan awal.
Post a Comment