Thursday, April 21, 2011 | By: Luna Biru

Sahabat....Hanya jauhari mengenal manikam


Aku sebenarnya malas mahu ulas panjang-panjang mengenai peristiwa yang berlaku padaku hari ni. Sungguh memedihkan sekali. Airmataku tumpah bersuak-suak merembeskan cairan maskara dan eyeliner yang kupakai. Ah... tabahku tewas hari ini di kaki perjuangan mempertahankan hakku pada seorang yang kugelar sahabat. 

Lugunya, cerita itu selalu begitu. Masih selalu begitu. Bahkan ketika usiaku sudah memasuki suku abad beginipun, aku masih didendang oleh lagu yang sama. Kapan aku akan jadi dewasa?

Setidaknya, aku sudah tahu mana manikam mana zamrud, mana batu dan yang mana pasir. Kesemuanya berharga sebenarnya. Manikam dan zamrud perhiasan yang bernilai, sementara batu dan pasir asas kehidupan. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak membuang satu apa pun. Biarlah aku terus memiliki kesemuanya, meski ruang di hatiku ini sudah penuh dan sarat oleh ulah kesemuanya. 

Oh sahabat...

....aku sudah meluahkan pandanganku mengenai peristiwa ini pada link http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/becareful-with-what-you-heard.html. Cukuplah ia menerangkan prinsipku mengenai hal ini. 

0 comments:

Post a Comment