Thursday, April 14, 2011 | By: Luna Biru

Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011 (Pasukan lelaki)

Hari ini bakal menyaksikan 18 pasukan bola baling dari seluruh daerah Papar berentap di Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011. Kejohanan ini berlangsung selama dua hari di Sk.Pengalat Besar,Papar.

Memang meriah temasya kejohanan yang baru pertama kali kuhadiri sepanjang hidupku bergelar guru ini (huhu...kesiankan?) Itu pun, nasib baiklah aku diberi kepercayaan untuk membentuk pasukan bola baling sekolah, kalau tidak, kempunanlah aku nak merasa padang Pengalat ni.


Untuk kejohanan ni, aku dengan beraninya melangkah masuk ke dunia serba aneh ini dengan membawa dua pasukan lelakiku. Kira tamak dan perasan pandailah kononnya. Padahal, aku langsung tak tau apa-apa pasal bola baling. Kedua pasukanku, team A dan team B, merupakan pasukan yang telah kubentuk dan kulatih selama sebulan terakhir ini. Kalau nak diikut hati, aku cuma berani mempertaruhkan kekuatan pada team B semata-mata. Namun, aku tak sampai hati pulak nak kecewakan team A yang telah berhempas pulas berlatih selama ini. Lagipula, meeka juga sudah menunjukkan peningkatan di saat-saat akhir. Akhirnya, aku bawa juga dua team ni masuk ke peringkat daerah.

Oleh kerana ketiadaan juru runding yang boleh ku ajak berdiskus mengenai strategi perlawanan, maka aku terpaksa membuat keputusan untuk membahagikan pemain kepada satu pasukan hebat dan satu lagi pasukan yang kurang hebat. Mulanya aku nak seimbangkan kehebatan dorang ni tapi kemudiannya aku tukar fikiran balik. Kiranya nak wujudkan killer team. Tapi malangnya, strategiku tak menjadi. Huhu...apa nak buat,kan?

Hari ini aku menyaksikan pasukanku kalah dengan belasahan yang teruk sekali, terutamanya pasukan Surati A. Mereka tewas dengan mata 0 hinggalah pada keempat-empat perlawanan. Pasukan Surati B pula membawa dua kemenangan di saat-saat akhir dengan mata 2-0. Itu pun permainan mula hangat pada perlawanan yang ketiga menentang Sk.Kelatuan. Dua perlawanan sebelumnya mereka tewas dengan teruk. Teruk maksudku di sini ialah kerana mereka gagal menguasai permainan dan nampak gementar di tengah padang. Masing-masing sejuk dan kaku menghadapi lawan hinggakan Adik Hafizuan, the goal keeper yang sudah mewakili daerah tu pun nampak bergegar di depan pintu gol. Sungguhpun mereka mula beraksi lincah selepas itu namun mereka tetap gagal menyamakan kedudukan yang sudah jauh ketinggalan berbanding sekolah lain. Mereka pulang dengan sakit hati yang melampau kerana menyesali silap sendiri yang gementar pada awal permainan. Hmm...apa nak buat...padan muka korang dan muka aku sekali.

Tapi hakikatnya, aku memang cukup kesal dengan semua ini. Aku tahu mereka boleh buat yang terbaik tetapi akhirnya mereka tunduk juga pada serangan psikologi yang tidak dapat kumotivasikan. Aku sendiri agak kesal melihat rentak permainan mereka yang kaku. Hilang segala keceriaan mereka selama ini terutama dua hari sebelum perlawanan ketika menentang Sk.Kuala dalam perlawanan persahabatan. Malahan, adik Frenklin yang hebat menjaring dari jarak jauh tu pun tidak ubah macam tikus yang sakit perut. Begitu juga dengan Hafizuan, Rex dan Adil. Malahan adik Hizal, penjaga goal dari Surati A yang juga pernah mewakili daerah di pasukan Bola Sepak tewas tersungkur di depan tiang gol hingga memboloskan jaringan demi jaringan dari pihak lawan.

Aku tidak kisah kalah sebenarnya. Aku hanya mahu mereka memberikan komitment yang terbaik. Mungkin aku bukan jurulatih dan pengurus pasukan yang bagus. Aku mempertaruhkan ketidaktahuanku untuk melatih pasukan bertaraf daerah yang telah dikuasai oleh orang-orang yang lebih berpengalaman dariku. Kemunculanku di padang hari ini saja cukup membuatkan orang terperanjat. Yalah...siapa sangka si Zue yang tak pernah muncul di padang tu tiba-tiba datang hari ni dengan dua pasukannya kan? Banyak juga kena belasah telinga aku tapi....ala...steady la bro...gua pun baru belajar la....

Keputusan hari ini, Sk. Pekan Bongawan berjaya meraih gelaran johan menewaskan Sk.Benoni yang telah bergelar juara bertahan selama ini. Tempat ketiga pula disandang Sk.Pekan Kinarut dan Sk. Pekan Papar yang keempat.

Tak tahulah aku apa akan jadi pada pasukan perempuanku esok. Pasukan yanng seringkali terabai kerana kesibukanku mengurus pasukan lelaki. Aku tahu aku tidak memberikan mereka bekal yang cukup untuk berjuang. Tapi semoga mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua itu esok. Amin...


Pasukan Surati A&B sebelum perlawanan
Menentang Sk.Kelatuan 0-0. Waktu ni lah sorang baru panas. 
With my team...yang jajal!
Kak As, my xifu. 
My captain Azmi
Hafizuan : A good goal keeper
Ni waktu nak lepas tension sebab kalah : berlawan sesama sendiri
Yea...team kami menang!
Frenklin yang tidak menunjukkan kehebatannya. huhu...
Iman Haiqal yang berpotensi
Frenklin yang kecewa....
Memang sandi tul budak-budak ni. Tapi aku tetap sayang....


Tunggu...aku akan datang dengan keberanian yang masih sama,
perjuangan yang tetap sama,
namun, membawa sesuatu yang berbeza....

0 comments:

Post a Comment