22 Okt 2011 (Sabtu)
Waktu aku ambil gambar ni, kami sedang berhenti rehat untuk menikmati makan tengahari di Sungai Wang Plaza. Restoran Tepanyaki Jepun menjadi destinasi pilihan. Secara amnya, aku boleh katakan masakan di sini sedap dan tentu saja ada cop halal ok. Cuma masa menunggu tu lama sangat. Nasib baiklah chef nya buat show depan-depan jadi terhibur juga hati pelanggan yang menengok. Paling aku tak lupa Qayyim kesedapan sangat makan sotong sampai menjilat jari. Memang bagus cara masakan Jepunn ni,kan? Sangat jimat sebab satu kuali boleh masak macam-macam jenis makanan.
Bila makanan orang lain semuanya sudah siap dihantar, tinggal aku dan Farah saja yang masih melopong menunggu makanan. Kami order mee sup ayam yang tak sampai-sampai walhal hampir semua sudah menghabiskan makanan. Baru saja aku mau cancel kan order, makanan tu sampailah pulak. Terus kami suruh bungkus untuk dimakan bila balik nanti.
Chef Tepanyaki sedang buat show |
Ni ABC pilihan si Farah. Sedap! Campur gula melaka. |
Sempat nasi sejuk tunggu lauk masak. |
Lepasa saja makan, kami jalan-jalan window shopping sekitar plaza. Waktu keluar dari plaza menuju ke stesen Monorail Bukit Bintang, kami terhentii seketika melihat pertunjukan tarian paranawe yang diiringi oleh live band kumpulan ala-alan Bob Marley. Ada macam-macam akitiviti kegiatan manusia boleh dilihat dari atas jejantas ni. Tetiba saja mata aku tertumpu pada seorang ibu yang sedang meminta sedekah di tepi kaki lima. Dia duduk bersila dengan satu kontena bulat di hadapannya sambil memangku seorang bayi kecil di ribanya. Pemandangan macam ni bukanlah sesuatu yang luar biasa di Malaysia, di Sabah pun berlambak juga. Cuma, ada sedikit ombak yang memukul dasar hati aku bila melihat kakak ni. Perlahan aku memegang bungkusan makanan yang tak sempat kami makan tadi. Jumlah makanan kami untuk set lunch tu saja sudah mencecah RM91, sedangkan kami punya pilihan untuk mencari kedai makan yang murah. Sedangkan kakak sorang ni, terpaksa duduk mengadah matahari dan menebalkan muka semata-mata untuk mencari sesuap rezeki. Hidup orang macam dia tiada pilihan. Lupakan saja kalau ini adalah satu sindiket. Apapun keputusannya, yang pastinya, tidak ada manusia yang berhak untuk melalui kehidupan seperti itu di dunia ini.
Akhirnya, aku turun dan memberikan bungkusan makananku padanya. Dia agak terkejut bila mendapati aku datang dan memberikannya makanan. Dia tersenyum berterima kasih tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun (yang bagi aku takut ketahuan bahasanya). Anis dan Farah pula mengeluarkan sedikit duit belanja dan memasukkannya dalam kontena duit. Bila melihat wajahnya, aku tak pasti apa yang telah dilaluinya dalam usia semuda itu hingga terdampar dalam laut kemiskinan separah itu. Seorang gadis cilik berusia sekitar 4 tahun datang meruju ke arah kami begitu melihat kami memberi wanita ini makanan. Oh, rupanya, ada lagi seorang anaknya, bisik hati aku. Betulkah anaknya? Entahlah. Aku tak mahu tahu lebih lanjut. Takut terbongkar cerita di sebalik semua ini. Aku cepat-cepat bawa Anis dan Farah berlalu dari situ. Sebelum tu, sempat juga aku ambil gambar live band Bob Marley yang bawa lagu english ni. Satu yang aku pelik ialah, begitu melihat aku mengambil gambarnya, penyanyi ni terus palingkan wajahnya. Kenapa, ya?
Dan, agak malang akhirnya bila aku tak sempat ambil gambar tarian paranawe sebab terlalu asyik mengambil rakaman video band tu.
Kami pun bergerak pergi menuju ke stesen monorail Bukit Bintang. Keadaan agak sesak dan monorail pun agak penuh. Aku bagitau budak-budak ni bahawa, inilah KL. Suatu hari, kalau kamu punya peluang untuk menyambung pelajaran ke sini, inilah kehidupan yang akan kamu lalui, atau mungkin lebih teruk lagi. Aku mungkin tak patutu bawa anak orang lalui semua ini. Tapi bagi aku ini adalah satu lesson yang baik untuk memberi mereka pandangan mengenai realiti kehidupan. Hidup bukan hanya sekadar pergi balik dengan menaiki kenderaan sekolah. Ada kehidupan yang lebih sukar tersedia di luar sana, dan aku mahu mereka bersedia menghadapinya dengan mental yang cukup kuat. Ini akan menjadi pengalaman dalam hidup mereka, terutamanya Anis yang manja dan kurang berdikari. Kepada Kak Rahimah dan Kak Jamilah, maaf sebab bawa anak korang naik monorail, k. Don't worry, keselamatan sentiasa menjadi tonggak nombor 1.
0 comments:
Post a Comment