Sunday, October 9, 2011 | By: Luna Biru

Majlis penutupan kursus KSSR & PBS DSV Tahun 2 2011

Akhirnya sampailah juga ke hari terakhir kursus. Sepanjang pagi ni, peserta berusaha menyiapkan RPT untuk didokumentasikan. Selepas minum pagi, acara perasmian penutupan pun dijalankan. Puan Marina, Ketua Unit Akademik dari PPD menyempurnakan majlis tersebut. Beliau sempat juga melawat tempat pameran hasil bengkel peserta kursus. 



Tengah mengkagumi hasil karya peserta. Pasu yang dibuat dari playdough


Resis
Lipatan & Guntingan
Foto kenangan : Zon Kinarut : paling komited
Zon Bongawan : paling disiplin
Zon Pekan : paling telus
Zon Pedawan : kreatif
Zon Benoni : Paling gempak
Puan Marina melawat pameran
Cikgu Azhar dari SK.Kambizaan menjadi emcee. Aku nobatkan dia sebagai peserta paling hebat
Ustaz Ismail dari SK.Lingan memimpin bacaan doa
Puan Asidah Tatin wakil peserta menyampaikan alu-aluan
Puan Marina menyempurnakan majlis
Penyampaian sijil untuk Puan Norsiah., Pegawai fasilinus, bos aku sepanjang kursus ni
Ni pula untuk aku, sebagai jurulatih
Abang pun dapat. Terima kasih atas kerjasama...darling!
Penyampaian sijil untuk wakil zon Pekan
Wakil zon Kinarut
Wakil zon Pedawan, Kak Nis. Aku rindu sama kawan aku satu ni. 
Wakil zon Benoni, Kak Faridah yang juga master planner
Wakil zon Bongawan
Buah tangan untuk pihak PPD dari peserta kursus
Ni pula cenderhati untuk kami dari peserta kursus. Terharu oooo......
Foto kenangan yang amat bermakna dalam hidup aku. 

Fuh....rasa macam mau jerit kuat-kuat bila semua selesai. Rasa macam mau sujud syukur yang tak terhingga bila akhirnya segala usaha kami ternampak berbaloi. Bagi aku, kejayaan kursus ini adalah sebuah kejayaan peribadi yang sangat bermakna dalam hidup aku. Apa yang penting, peserta kursus enjoy dan mendapat manfaat yang dapat dikongsikan bersama. Aku amat terharu dengan respon baik dari semua peserta kursus. Semoga aku mendapat respon yang sebaik ini dalam tour aku nanti.

Paling mengharukan bila aku mendapat souvenir dari peserta kursus. Tak sangka pula dorang sanggup buat collection untuk diberikan pada kami. Terima kasih semua....Aku akan pastikan semua ini tidak akan berhenti di sini. Aku berjanji akan tunaikan semua janjiku pada mereka. Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment