Monday, October 24, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : Berjaya Times Square

23 Oktober 2011 (Ahad)

Pagi ni kami bertolak jam 10.00 pagi dengan membawa semua beg pakaian bersama. Kami terus menuju ke destinasi terakhir hari ini iaitu Berjaya Times Square. Sesampainya di sana, kami bersarapan di Papa John's Pizza. Halim dapat kad diskaun lagi 50%. Bila sudah order, baru aku tahu rupanya si Qayyim ni tak pandai makan pizza. Tak suka ke tak pandai? 








Selesai saja makan, kami terus ke Theme Park di tingkat 5. Sekali lagi Halim bagi kad diskaun 15%. Fuh, best juga ada adik kerja di KL ni,kan? 

Waktu sampai, kami agak teruja untuk mencuba pelbagai jenis permainan yang disediakan. Theme Park ni terbahagi kepada dua bahagian, satu untuk Galaxy dan satu lagi Fantasy. Nasihat aku, pada yang baru first time ke sini, pilihlah Fantasy sebab dia lebih dapat menyelamatkan jantung anda dari diserang kejutan. Ianya juga lebih kepada kanak-kanak. Aku sila pilih hari tu. Awal-awal lagi sudah pilih games DNA Mixer yang gila sungguh! Agh....! Aku menyesal betul! Aku bukanlah fobia pada tempat tinggi. Aku cuma terlupa bahawa aku ada masalah tekanan darah rendah. Memilih untuk bermain DNA Mixer telah menjadikan darah dan DNA aku bercampur-campur hingga menjadikan aku muak dan loya. Qayyim pun kantoi juga. Kesian...this is really my fault. Nasib baiklah Anis dan Farah jerit kuat-kuat waktu atas tu jadi tekanan dalam perut dan kepala dorang dapat dilepaskan. Ingat tu, satu tips lagi, kena jerit kuat-kuat waktu main!










Yang ni pula adalah bahagian Fantasy.











Ah, sorrylah tak letak caption sebab aku dah penat sangat mau menaip. Perjalanan kami di sini berhenti pada jam 3.00p.m. Selepas ini kami akan bergerak menuju ke KLIA untuk mulih ke Sabah. Aku tak sempat mau beli ole-ole untuk kawan-kawan dan family aku. Tak ada yang boleh dibeli di sini. Hajat hati mau ke Pasar Seni atau Central Market. Tapi masa sudah time. Ok. it's time to go....

To Halim and Salina, thanks for the trip ya. Really enjoy it! Memang best adik aku sorang nih.

2 comments:

shafizah said...

waa seronok kot. saya yg blaja kat KL ni pun x smpat nak main di situ, lawan tokey ye kak!. haha

Luna Biru said...

Aku cabar ko main DNA Mixer. Haha

Post a Comment