Tuesday, October 4, 2011 | By: Luna Biru

Family Trip : Tagal Kg.Luanti


Hari Minggu, lepas saja check out di Lohan Rest House, kami bergerak menuju ke Kg.Luanti,Ranau. Kg.Luanti terkenal dengan dua pusat tarikan pelancong. Satu, ladang Sabah teh dan kedua, inilah dia....

Terapi ikan Kelah@Pelian!

Aku pernah buat terapi ikan ni waktu di SPA Hakod dulu, tapi ikannya tidaklah segemuk dan seganas macam ni. Yang ada ni teramatlah menakutkan sampaikan aku sama sekali tak rela kakiku dicium-cium oleh sang ikan yang gila menyedut tu. Teramat tabiklah aku pada mereka yang begitu rela dan berani melakukannya terutamanya sang anak-anak aku. 

Masa diberikan untuk menjalani terapi ini cuma 15 minit. Aku pun tak tahu kenapa. Adakah kerana takut ikan-ikan tu menjadi ganas dan kemudiannya menyedut habis kaki kita, atau sebab mau kasi chance orang lain. Yang pastinya pula, management di sini memang agak tegas sikit. Rasanya macam masuk melawat ke penjara pulak. Bayaran untuk merendam kaki dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Budak bawah 5 tahun percuma. Bawa kamera pun kena charge RM5. Huhu...Kalau mau mandi pula kena charge RM10. Rela kau mandi ngan ikan? Oh tidak....!

Tapi memang cantik dan mesra alam betul tempat ni. Kami dibenarkan mandi di hujung sungai yang tiada ikan. Sungainya cetek saja, cuma separas lutut. Di atas sungai pula tergantung jambatan gantung yang tinggi. Aku tak sempat mau lalu sana. 







Ni dia tengah tahan aku sebab tiket aku tiada sign penjaga tiket di depan. Ceh...ingat artis apa mau sign2 tiket aku?


hahaha....

Abe and the fear factor
Oh aku tak rela.....!
Along lagi teruk dari aku rupanya....





Ni receptionist yang skema

Abang cuba buat stepping stone yang tak menjadi

Tu jambatan gantung...
Menara buluh yang sangat aku sukai. Kalaulah aku ada satu cam ni di rumah....

0 comments:

Post a Comment