Akhirnya tibalah hari ini....
Hari yang kutunggu untuk merasa takut dan seram-seram sejuk. Ya...Kursus KSSR PSV Tahun 2 Peringkat Daerah Papar telah diadakan selama 4 hari bermula 4 Okt - 7 Oktober 2011. Kursus berlangsung di Bilik APD Sk.Surati,Papar. Aku dan abang menjadi Jurulatih Utama, sebagai peneraju kepada keberlangsungan kursus ini.
Pada hari pertama, slot dibuka dengan taklimat 'welcoming' dan 'house keeping' dari Puan Norsiah Awang Besar, pegawai fasilinus sekaligus penyelaras kursus KSSR PSV. Selepas itu, ceramah taklimat umum KSSR telah direalisasikan oleh Encik Mohammad Azmi Bin Awang Ladis, selaku Jurulatih Tambahan daerah. Slot Dokument Standard pula dibuat oleh aku. Mulanya agak kaku juga, tapi syukurlah aku kemudiannya dapat menguasai keadaan. Lagipula, semua peserta memang sporting. Syukur juga buat di daerah sendiri, jadi ramai yang kenal. Harap-harap, daerah lepas ni sporting macam ni juga.
Hari pertama
|
Encik Azmi yang menerangkan mengenai taklimat umum KSSR |
|
Seramai 51 orang guru seluruh daerah Papar berkumpul di bilik APD SK.Surati,Papar |
|
Gula-gula dalam perahu. Laku betul nih. |
|
Puan Norsiah yang mengetuai kursus KSSR |
Hari Kedua
Pada hari kedua, guru-guru mula berbengkel untuk menghasilkan produk yang menepati kehendak standard dokument tahun 2. Guru-guru dibahagikan kepada zon masing-masing dengan bidang tertentu. Seronok tengok guru-guru bekerjasama dalam menjayakan objektif kursus ni.
|
Zon Pedawan yang paling mantap |
|
Ni cikgu Saptu sedang buat aktiviti tiupan |
|
Yang ni pula sesi menguli tepung untuk dibuat play dough |
|
Cikgu Shamran sedang buat tembikar guna teknik lingkaran |
|
Acara menggetel tepung yang meriah sekali. Entah apalah yang kak Hafsah sedang ceritakan tu. Dia ni peserta paling sporting dan lucu. |
|
Ini adalah produk yang dicalonkan untuk dijadikan souvenir kepada PPD |
|
Na...aku berjaya membuat playdough warna-warni |
|
Cetakan dari Zon Benoni |
|
Puan Hizalina dari Sk.Mooj sedang buat presentation |
|
Rasa-rasanya tahun 2 boleh tak capai tahap ni? |
Hari ketiga
Pada hari ketiga, ceramah mengenai Standard prestasi pun bermula. Aku langsung tak sempat study slot ni semalam sebab keletihan yang teramat sangat. Tapi syukurlah aku dapat juga sampaikannya dengan baik pada pagi ni. Paling penting, peserta kursus mula memahami tentang cara pentaksiran yang sebenarnya dijalankan melalui proses bengkel.
Selepas slot PBS, kami terus berhimpun untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi tahun 2 sesi 2012. Menurut Encik Nizam, dari PPK, kalau kami berjaya menyiapkan RPT KSSR ini, kami adalah kumpulan pertama di seluruh negara yang melakukannya. Aku harap, dokumentasi ni dapat disiapkan menjelang besok sebelum majlis penutupan. Dokumentasi ni amat penting bagi mereka yang bakal mengajar PSV tahun 2 tahun depan. Ianya bukan saja memudahkan tetapi amat membantu guru untuk menjayakan program KSSR.
|
Bengkel pemberian band kepada produk hasilan |
|
What do you think for year 2 level? |
|
Alat permainan, gasing yang tidak menepati kehendak standard. Dorang guna warna asas sedangkan dalam dokumen guna warna sekunder. |
|
Macam betul ja aku ni mengomen kerja orang. Harap-harap tak ada yang kecil hati k? |
|
Tembikar dari playdough. |
|
Yang ni,macamana? |
Pada akhir sesi, 'terseronok' pula cikgu-cikgu ni berbincang sampai tak ingat mau pulang. Haha...mula-mula aku ingatkan dorang akan terbeban dengan kerja baru yang mendadak ni. Tapi rupanya, dorang jadi bersemangat dan menunjukkan komitment yang padu. Syukurlah....apa yang penting, guru-guru mendapat manfaat yang berguna untuk kursus ni. Aku mahu dorang tahu bahawa mengajar PSV adalah satu keseronokan, bukan beban. Aku juga mahu dorang tahu bahawa bukan opsyen PSV, juga bukan satu halangan untuk menjadi guru PSV yang berjaya. Yalah...seorang ibu yang buta, mampu mengajar anaknya yang celik untuk melihat dunia. Seorang coach yang lumpuh pun, mampu melatih pasukan bola sepaknya hingga berjaya. Pokok pangkalnya, semangat dan keberanian untuk terus mara ke hadapan.
Oya, sedang aku dalam kesibukan mengendalikan kursus ni, aku terima satu berita yang sangat mengujakan. Projek OSS yang telah kubuat pada bulan Julai lepas sudah menunjukkan hasilnya. Sekolah kami telah terpilih sabagai johan negeri. Ia melayakkan kami untuk mara ke peringkat kebangsaan. Sebanyak 5 buah sekolah telah terpilih di seluruh Malaysia. Jadi, kami akan berangkat ke Putrajaya KL pada 20 Okt ini nanti untuk majlis persidangan OSS. Semoga muridku mampu melepasi peringkat itu untuk mara sebagai juara kebangsaan. Insya Allah....tapi kegembiraanku kurang lengkap sebab dengan kejayaan ini bermakna, pasukan abang gagal untuk ke peringkat seterusnya. Kesian abang. Aku tahu dia mahu sangat benda ni. Kalau aku tak ikut, mesti dia yang menang....
Baiklah cukup di sini dulu malam ni. Jangan lupa stay tune untuk majlis penutupan kami besok tau!
0 comments:
Post a Comment