Sunday, October 9, 2011 | By: Luna Biru

PUB : Break Camp

Akhirnya tibalah juga kami di hari terakhir Perkhemahan Unit Beruniform ini. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong dan urus diri. Selepas itu, pada jam 8.30 pagi, slot Panduan Kecemasan pula dikendalikan oleh penasihat PBSM. Aku pula tersilap jadual, ingatkan hari ni ada aktiviti senamrobik. Awal pagi lagi aku sudah bangun dan bersedia jadi instructor. Mau tebus salah kelmarin lah ni kononya....hehe...tapi rupanya hari ni aktiviti senamrobik tiada dalam jadual. Kantoi aku...

Selepas saja minum pagi, break camp pun dijalankan. Ya...berakhirlah episod PUB untuk tahun ini. Acara PUB kali ni menyaksikan aku yang tak seaktif tahun lepas. Aku cuba se'low profile' mungkin. Tapi hakikatnya, aku sebenarnya memang tiada masa untuk ini semua. Akalku sudah ku set kan untuk membuat DST dan OSS yang semakin menuju due date. Ah...

Si Abe sedang buat permohonan untuk mandi laut

Break camp...
....with Anis
Haha....macam iklan ELKEN pula...."SAYA MENANG KERETA"


The beautiful scene of Binsulok Nature Resort...



Permohonan Abe untuk mandi laut tetap belumn lulus. Tension sudah dia nih...







Inilah resthouse kami. Harga semalam RM110.  
Kalau diberi pilihan, aku rasa aku tak akan kembali ke sini. Kenapa? Entahlah. Ada sesuatu yang kurang menyelesakan di sini yang sukar kuungkapkan dengan kata-kata.

0 comments:

Post a Comment