Friday, October 14, 2011 | By: Luna Biru

Kursus KSSR PSV Tahun 2 Peringkat Daerah Keningau 2

Hari ni (13 Okt 2011) merupakan hari terakhir aku bertugas di daerah ini. Awal pagi lagi aku dah check out dari Sabindo Hotel. Entah macamana aku akan ke Sipitang petang ni, belum ada langsung dalam perancangan hidup aku.  





Sampai saja di dewan kursus, kami sekali lagi disogokkan dengan kerja menyusun buku dan mengklip kertas. Bengang juga aku dibuatnya. Ikhlas aku dalam 5 minit pertama saja. Peserta kursus pula sibuk buat berbengkel sampai tengahari nanti. Aku kagum dengan kesungguhan peserta kursus melaksanakan tugasan mereka. Ada pula yang sampai bawa tanah liat sendiri untuk membuat tembikar. Lebih mengharukan, by the end of kursus, cikgu tu bagi pula aku lebihan tanah liat yang diambilnya sendiri di kaki bukit petang kelmarin. Sebenarnya aku pun tak tahu mau buat apa dengan tanah liat tu. Tapi aku terima jugalah sebagai tanda penghargaan. Terima kasih ya cikgu...

Habislah kertas kena air liur Zul









Inilah tanah liat yang diambil sendiri oleh cikgu tu...
Aku tiba-tiba teringatkan mertua aku bila tengok cikgu ni


Lepas saja time break, presentation pun bermula. Dalam waktu present tu, ada beberapa hal yang menganggu emosi aku. Ia berkenaan kursus KSSR di daerah Sipitang yang akan dijalankan esok. Aku minta dorang pindahkan slot aku ke sebelah pagi. Malangnya permintaan aku ditolak dengan alasan kena ikut peraturan. Aku marah sebab dorang ni macam tiada tolak ansur langsung. Tak terfikir ke aku akan balik lewat kalau slot aku kekal ditempatkan di sebelah petang? Aku dah tak sanggup lagi mau men'cater' pengangkutan awam. Masuk hari ni aku rasa beratus duit aku habis semata-mata untuk membayar tambang. Berapa claim akan cover untuk semua ni? 

Hal tu akhirnya sangat menganggu fokus dan emosi aku hingga aku jadi kurang waras untuk bertindak wajar. Keadaan jadi makin tegang bila aku dan Zul mula berbalah sesama sendiri. Lalu bermulalah episod-episod yang kurang menyenangkan. Hal itu kemudiannya berlarutan sampailah saat aku taipkan entry ni. 

Berbalik pada cerita presentation peserta.

Secara keseluruhannya, memang kalau dibuat di mana-mana tempat pun, penghasilan produk memang mantap dan tidak dapat dipertikaikan lagi kekreatifannya. Masalahnya lebih tertumpu pada penghasilan RPH. Ramai masih keliru dengan penggunaan nombor-nombor pada standard pembelajaran. Aku cuba betulkan keadaan balik dengan mengambilalih posisi Zul sebagai pengkritik. Aku juga cuba berlagak setenang mungkin dan secerianya. Malangnya Yatie dapat detect juga kalut dalam jiwa aku ni. Lebih malang lagi bila aura marahku mempengaruhi emosi orang lain.








Then, sebelum pulang, majlis ringkas diadakan untuk aku sebagai tanda penghargaan kepada kehadiran aku. Meskipun melalui masa-masa yang kurang menyenangkan secara keseluruhannya, namun aku harap aku dapat berkongsi sesuatu yang bermakna pada cikgu-cikgu DSV di sini. Entahlah...aku macam sudah mati jiwa....
Yatie menjadi pengacara majlis dan urusetia
Encik Mathius, Ketua Unit PPD memberikan cenderahati

Akhirnya aku berangkat ke Sipitang pada jam 6.03 minit petang. The taxi driver, Mr.Joudy bawa kereta selaju mungkin sebab takut balik sendiri malam. Sebelum pulang, Yatie sempat juga bawa aku makan sup gearbox di restoran Rahmat. Akhirnya tercapai juga niat aku mau makan sup ni setelah berbulan-bulan mengidamkannya. Alhamdulillah....

Sup gear box yang lazat gilak
Aku sampai di Timah Motel jam 7.46pm. Sekali lagi aku dihadapkan dengan situasi yang sama sekali tidak menyenangkan. Entah apalah dosa yang aku dah buat sampai kena layan macam ni. Pihak Timah Motel tidak mengatakan bahawa bilik penginapanku belum dibayar oleh penganjur. Aku malas mau bertekak sebab letih betul so aku bayar saja guna duit aku. Tak lama kemudian, Dina datang dan kembalikan duit aku. Memang tak ramah langsung penghuni dna staff Timah Motel ni. Aku takkan suggest pada sesiapa untuk ke sini. Sudahlah tak ramah tak professional lagi. Agh benci...!

Fuh....banyak betul pengalaman aku sepanjang tempoh berkursus ni. Aku akan buat entry khas untuk perumusan semua ni. Huhu...

0 comments:

Post a Comment