Monday, October 24, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : Petronas Twin Tower

22 Oktober 2011

Pagi ni awal-awal lagi sudah bangun untuk menyempurnakan misi lawatan. Perjalanan hari ini sudah diatur rapi oleh tour guide kami, iaitu adik aku sendiri, Encik Halim. Menaiki van yang telah disewa selama 3 hari ini, destinasi pertama kami ialah Menara berkembar Petronas diikuti dengan Petrosains dan tentu saja, Suria KLCC. Oleh kerana di Sabah tiada monorel dan keretapi bawah tanah, maka aku telah merancang untuk meneruskan tour kami dengan menaiki dua kenderaan tersebut. Sayang kami tak ada kesempatan untuk naik HOP ON HOP OFF.

Kami banyak menghabiskan masa di Petrosains menjadikan masa lawatan untuk ke Time Square terpaksa dibatalkan. Sedang malam pula, kami menerima jemputan dari seorang rakan untuk makan malam di Borneo Rainforest, Sunway. Terpesona kami melihat keindahan cahaya lampu di bandar Sunway. Rasa macam di Las Vegas pulak. Aku terfikir juga mau buat idea tu untuk sambutan hari raya tahun depan guna pelita a.k.a jujul. Haha...macamanalah agaknya tu,kan?
Kami juga sempat menyaksikan sebuah persembahan tarian di restoran tersebut. Kalau mau tau tarian apa, kena tengok gambar di bawah ni. Menarik tau!

Selepas itu, kami berangkat menuju ke Taman Cahaya, Shah Alam. Oh, aku ingatkan Sunwaylah paling meriah bermandikan cahaya, rupanya tempat lagi penuh warna-warni. Kami masuk ke rumah SNOWALK yang sebenarnya, bukanlah salji sangat pun. Ianya lebih kepada rumah ais yang sejuknya sampai aku rasa aku akan kena serangan hipotermia bila-bila masa. Harga tiket agak mahal, RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Bagi sebuah perjalanan yang agak singkat dan tak banyak cabarannya, bayaran itu aku rasa terlalu mahal. Tak berbaloi, kecuali kalau setakat mau ambil gambar dan tayang pada kawan-kawan.










Pameran motor GP di Suria KLCC







Setelah puas mengambil gambar di bangunan ni, kami pun masuk ke dalam untuk ke Petrosains. Mau tengok Petrosains? Jom...

0 comments:

Post a Comment