Friday, October 21, 2011 | By: Luna Biru

OOq : Day 1 : Putrajaya, here we come!

Dengan menaiki teksi yang telah disponsor, maka kami pun bertolak ke Rumah Transit, Blok C, Presint 11, Putrajaya. 

Perjalanan dari KLIA ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang setengah jam disebabkan hujan dan kesesakan lalulintas. Ketika kami sampai ke presint 9, pemandu teksi mula sesat mencari jalan. Alasannya, jarang diminta menghantar penumpang ke kawasan ini, Namun akhirnya, menggunakan navigator yang ada di dashboard teksinya, kami dapat juga sampai setelah pening berputar-putar mengelilingi kawasan presint. 






Kami ditempatkan di apartment no. 3 sementara abang dan Qayyim no.7. Gambar seterusnya ni adalah gambar apartment Qayyim. Dia suruh aku letak dalam blog supaya mak dia boleh tengok sendiri tempat dia tinggal. Baik anak mak sorang ni....






Kami dipanggil di bilik urusetia jam 7.00p.m dan seterusnya diberikan makan malam secara tapau. Pada jam 8p.m. guru penyelia setiap sekolah diarahkan untuk ke Dewan Perdana Menteri untuk memastikan aplikasi berfungsi dengan baik. Nasib baiklah kami pergi dua orang. Jadi, bolehlah abang pergi ke Dewan dan aku pula latih budak-budak ni. Teks ucapan pun tak siap lagi ni...kantoi,,,,






Gambar seterusnya ni adalah persiapan akhir di dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Guru pengiring diminta mencuba penggunaan laptop untuk mengetahui samada ianya compitible atau tidak. Sementara abang bertugas di sini, aku pula mengurus dan melatih kumpulan aku di rumah transit. Hmm...bikin panas hati pula ni budak-budak. Nda pandai mau serius. Asyik ketawa saja. Anis pula masih juga dengan speed rate-nya yang tak berubah-berubah. Bengang juga aku akhirnya.






Abang pulang jam 11.00p.m. Dia beri sedikit taklimat untuk kami sebelum akhirnya semuanya tidur dan dorang pula balik ke apartment. Tapi rupanya, Qayyim masih belum puas hati dengan persembahan multimedia kami. Bila pulang, dia cuba betulkan balik dan tidur pada jam 1.00a.m. 

Waktu aku mau tidur, ada sedikit keributan berlaku bila peserta yang lewat sampai merasa tidak puas hati dengan pengurusan urusetia. Dorang komplen pasal pengurusan bilik. Sorry to say la kan....but the way they present their complaint is really bad to hear...Oh please...

K. Sekian aku tutup cerita untuk malam ini. Aku pun penat dan mahu masuk tidur dulu. Semoga kejayaan milik kami. Amin....

0 comments:

Post a Comment