Monday, October 24, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : Petrosains

22 Oktober 2011 (Sabtu)

Baiklah. Inilah dia Petrosains yang menjadi kegilaan dan obses si Farah. Kalau nak masuk, harga tiket RM5 untuk kanak dan RM15 untuk dewasa. Kami dapat potongan harga sebab Halim adalah staff Petronas. Oya, ada ke aku cerita yang si Halim ni adalah penari kebudayaan Petronas? Kalau mau tau pasal si Halim, boleh klik sini ok. 

Jadi, inilah hasil dapatan kami sepanjang sesi lawatan ke Petrosains. Banyak yang boleh dipelajari di sini melalui hasil eksperimentasi dan eksplorasi. Tapi, kalau mau melawat ke sini, kena rancang masa baik-baik sebab tempat ni luas sangat. Kita memerlukan masa sehari untuk menghabiskan semua tempat. Mulanya kami ok juga. Tapi lama-lama, bila perut lapar, perjalanan itu jadi melelahkan. Akhirnya kami berlari-lari cuba mencari jalan keluar dan tak sedar bahawa sebenarnya kami sudah berada lebih 3 jam di san. 

Pintu masuk 
Magik show menyambut kehadiran kami 
The earth
Anis yang pada mulanya tak mahu masuk akhirnya dia pula yang sibuk mengeksplorasi










Hidupan liar
Larva gunung berapi
Mencuba tekanan udara
Katil berpaku

Akhirnya kami jumpa juga jalan keluar. Ponat gile weh...

Aku tertarik dengan imej digital dan mural yang ada dalam pameran ni. Boleh juga aku jadikan idea untuk cantikkan bangunan SK.Surati bila pulang nanti.

Selepas ni, kami mencari makan tengahari setelah tersasar benar dari masa yang sepatutnya. Patutlah perut lapar betul, sudah hampir jam 4 rupanya....oh, Petrosains sudah merampas masa makanku....

0 comments:

Post a Comment