Tuesday, October 25, 2011 | By: Luna Biru

LIBAS


Well, aku tak kata cerita ni tak best. Permulaan cerita saja sudah cukup buat aku terpaut sampai mau tengok apa lanjutan filem ni. Dan, ia ternyata memang tidak menghampakan, hinggalah ke jam seterusnya yang mula membuat aku mula keliru dengan penceritaan asal filem ni.

Serius, aku faham ini adalah filem untuk memartabatkan permainan tradisi sepak takraw. Aku tak pertikaikan soal mesej yang disampaikan. Aku lebih menitikberatkan soal penceritaan yang agak cantik pada awalnya namun kalut pada akhirnya. Aku tak mengerti kenapa watak Johan yang mulanya nampak macam hero tapi akhirnya lenyap begitu saja. Aku juga tak mengerti kenapa Rosyam yang memegang watak sebagai lagenda libas yang tidak dapat bermain kerana kecederaan kaki pada awalnya tetapi tidak menunjukkan kesakitan itu ketika terpaksa turun padang ke pertandingan itu pada akhirnya. Penekanan terhadap sejarah juga tidak dapat disampaikan dengan baik kecuali pada intro cerita. Seharusnya penonton dibawa untuk lebih menghayati watak dan perjuangan pemain libas demi mempertahankan maruah negara melalui sebuah penceritaan yang lebih rapi. Bukan setakat dialog 'demi maruah negara' yang diulang-ulang hampir setiap babak. 

Dan, personally, aku rasa lebih cantik lagi kalau watak Rosyam tidak terlalu disempurnakan dengan kemachoan dan kejantannanya. Apa salahnya kalau dia memegang watak sebagai seorang lagenda yang dilupakan dan berada dalam keadaan yang kurang stabil. Tetapi penulis lebih memilih untuk mengetengahkan wataknya seperti seorang lelaki paling hensem dalam dunia melalui gerak tubuh dan mimik muka. Pemilihan Scha sebagai kekasih Rosyam juga tidak sesuai sama sekali. Nampak sangat perbezaan usia yang begitu ketara. 

Aku tak salahkan pembikin filem ini atas peniruan Shoalin Soccer yang nampak sangat jelas. Peniruan itu baik sebenarnya dengan syarat yang meniru mestilah lebih baik dari yang ditiru. Namun aku cukup puji teknik kesan khas dan CGI yang rasanya lebih baik dari Merong Mahawangsa. Sekurang-kurangnya Libas tak menggunakan teknik asap atau blur untuk menutup kelemahan. 

Sebenarnya, aku memang mengharapkan yang terbaik untuk filem ni. Dan ya, memang baik. Cuma sayang, penceritaan tidak terlalu dititikberatkan hingga mencacatkan selera orang yang beraspirasi tinggi cam aku ni. Ceh...perasan. 

0 comments:

Post a Comment