Jadi, inilah dia....harinya,tarikhnya.
21 Oktober 2011 : PERTANDINGAN PERISIAN SUMBER TERBUKA OPENOFFICE.ORG 2011
Satu detik penting dalam melakar satu sejarah baru dalam kehidupan kami. Perjuangan selama 5 bulan akan terkuras habis di sini. Berjaya atau tidak sudah bukan persoalan lagi. Apa yang penting ialah menyudahkan tugasan dengan berbekalkan segala kelengkapan yang telah dipelajari selama ini. Kalau kamu tanya hatiku, terus-terang saja aku tak yakin bakal menang. Jangan tanya soal aku mahu atau tidak. Siapa yang tak mahu menang,kan? Tapi ini bukan soal mahu atau tidak. Ini soal boleh atau tidak. Dan sejujurnya, aku rasa kami takkan mampu. Dipilih menjadi 5 sekolah terbaik antara 82 buah sekolah rendah seluruh Malaysia pun sudah cukup mengujakan. Menang adalah satu bonus.
Kami bertolak jam 7.30a.m. pagi tadi menaiki bas pengangkutan yang telah disediakan oleh MAMPU. Menurut Nurul, jarak antara Rumah Transit Persekutuan dengan Kompleks tempat kami bertempur nanti akan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Hujan membanjiri bumi Putrajaya saat bas yang dikendarai membelah kesibukan kota.
Sampai saja di Jabatan Perdana Menteri, kami difahamkan bahawa pagi ni tiada sarapan. Kena tunggu sampai jam 10.00a.m. baru boleh makan. Fuh...nasib baik aku sudah bersedia lebih awal. Kalau tidak, maunya gastrik anak-anak aku ni. Beberapa insiden kurang menyenangkan berlaku di depan kompleks ini. Rupanya, orang awam dilarang mengambil gambar di depan kawasan masuk. Beberapa orang polis pengawal menyuruh kami menutup kamera dengan serta-merta. Ada juga yang disuruh deletekan gambar waktu-waktu tu juga. Aku sedikit merasa kurang selesa dengan peristiwa ini. Kenapa tak ada taklimat awal untuk memberitahu tentang kepantangan ini? Atau letakkan saja tanda larangan di depan pintu masuk supaya kekeliruan seperti ini dapat dielakkan.
|
Saat untuk berangkat dari rumah transit ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri |
|
Anis yang belum cukup latihan semalam. Mudah-mudahan dia boleh membawa wataknya dengan baik hari ini. |
|
Ceh...pesal muka aku monyok nih. Tak cukup tido ke weh? |
|
Inilah dia tempatnya... |
|
Minum pagi saja yang ada. Sarapan jam 10.00a.a |
Masjlis dimulakan pada jam 8.45a.m. dengan bacaan doa. Lepas tu diikuti pula dengan ucapan perasmian dan Pelancaran oleh YBhg. Dato' Mohammad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU. Majlis pemberian sijil dan sesi bergambar pula dijalankan selepas itu.
Majlis akan disambung semula selepas makan pagi. Setelah cabutan,kami kena giliran yang ketiga. Oh, takutssnyer....
|
5 sekolah rendah terbaik dan 5 sekolah menengah terbaik seluruh negara berhimpun di dewan ini. |
|
Ni makanan pilihan Qayyim. Lepas makan ni, kepala dia jadi pening pula. |
|
Tengok...si Qayyim tengah jadi budak nakal untuk hilangkan gemuruhnya... |
Acara pun bermula kembali pada jam 10.30a.m. Atas sebab-sebab tertentu, giliran kami terpaksa diawalkan ke nombor dua. Mulanya aku takut juga murid-muridku jadi makin gementar disebabkan oleh perubahan jadual di saat-saat akhir. Tapi aku tengok dorang ni selamba saja. Cuma Qayyim yang kelihatan sedikit gementar. Lebih-lebih lagi bila laptop pun ditukar di saat akhir, keyakinan Qayyim jadi makin keciput.
Akhirnya, giliran kami pun tibalah juga. Ketika nama kami dipanggil untuk memulakan pembentangan, aku cuma berserah segalanya kepada Allah. Satu-satunya yang kurisaukan cuma Anis. Aku takut dia tidak dapat mengawal gemuruhnya hingga akhirnya menjadi punca kekalahan kumpulan kami. Aku takut dia bakal kecewa dengan dirinya dan menyesali kelemahannya.
Namun, aku hampir tak percaya dengan apa yang kulihat, kedengar dan kusaksikan selama 15 minit pembentangan itu. Bermula dari langkah pertama mereka di dada pentas untuk memberi salam, lalu kemudiannya mengambil posisi masing-masing, hinggalah kepada pembentangan, mereka kelihatan begitu yakin dan sangat menyakinkan! Aku kagum pada Anis yang sudah mampu mengawal dirinya dan kelajuan petah bicaranya. Aku tetap selalu kagum pada intonasi dan riak wajah Farah. Dan, aku juga kagum pada Qayyim yang mampu mengendalikan urusan teknikal dengan begitu cemerlang sekali. Aku lebih berbangga dengan kecekapan ketiga mereka dalam mengadaptasi keadaan hingga segala kecacatan dapat ditutup.
Syukur Alhamdulillah....rasanya kalau kalah pun tak apa. Mereka sudah melakukan yang terbaik. Aku sudah rasa kami menang. Menang dengan kesungguhan dan bermaruah. Tidak akan ada kekesalan yang akan kami bawa pulang besok sungguhpun kami gagal melangkah kaki ke GOSSCON 2011 nanti,
|
Bahagian teknikal |
|
Farah yang petah dan Anis yang cool...dua gabungan yang menyeimbangkan pro dan kons |
|
Sesi soal jawab. Ada masalah bahasa sikit. Murid Sabah ni tak berapa arif dalam memahami bahasa melayu dengan betul. Yang best tu, bila ditranslate ke BI boleh pula dorang jawab. Haha...sebab grammar Sabah sama macam Bi juga. Tunggang tebalik... |
|
Aku cuba tengah fahamkan dorang bentuk soalan yang diberikan. So cikgu2 BM, apa peranan kita untuk betulkan keadaan ni? |
Pembentangan pun ditanggungkan jam 12.00p.m untuk lunch dan solat Jumaat. Gambar di bawah ni adalah hasil tangkapan Qayyim waktu solat dengan rombongan.
Ok. Waktu aku taip entry ni, majlis sudah pun ditutup dengan rasminya. Aku sambung balik besok. Pas ni g KL ooo
2 comments:
ku yakQin MANANG...fuuuhhhh~!
Aku kenduri kalau betul! Insya Allah....
Post a Comment