Sunday, October 9, 2011 | By: Luna Biru

PUB : Malam kebudayaan

Malam ni acara malam kebudayaan. Sekaligus malam perasmian penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2011 ni. Acara dirasmikan oleh YDP PIBG SK.Surati, Encik Moktar Matyassin. Malam ni aku dikejutkan dengan kunjungan mantan PK Kokum Sk.Surati, Encik Salleh Tami. Rindu pula aku dengan Cikgu Salleh yang merupakan kawan baik aku selama beliau berkhidmat di sekolah kami. 

Malam ni juga aku sudah dapat idea untuk buat filem DST aku hasil perbincangan tidak rasmi dengan super editor, Fai. Cadang mau buat tema filem buli. Hmmm....kena kerja keras ni paksa otak fikir story board. 

Pasal malam kebudayaan malam ni, memang fun dan happening persembahan budak-budak ni. Rasa seronok sangat dan kami gelak sampai sakit perut. Lucu betul tengok persembahan dorang. Kumpulan Abe meraih hampir semua kategori. Memang bertuah betul. 

Ni cikgu Salleh yang telah pencen tahun lepas. Cium sikit tangan minta berkat. 


Ceh...basar mulut si Fai...atie zue suka ni. Hehe....
Kumpulan Anis persembahkan drama yang pelik sikit.
Ni kumpulan si Abe yang jadi johan. Cayalah aku si Abe belakon memang macam samseng
Kontrol macho ni kameraman
Penyampaian sijil oleh GB
Yang ni pula YDP, Encik Moktar Matyassin bagi sijil untuk guru
Anis terima habuannya
Haha...si Epi yang terkantoi
Kumpulan Abe meraih 4 kategori. Tahniah...anak siapa dong....

2 comments:

SweetuAtie said...

seronok malam kebudayaan ni..Malam untuk keluarkan bakat2 yg ada.teringat zaman muda2 dulu..

Si Fai buka tu mulut luas-luas cos mahu disuapkan tu...hehehe

Luna Biru said...

ala tie...tua ko tua lagi aku. huhu...

si Fai tu sengaja tu nak tayang kat ko. haha...

Post a Comment