Tuesday, October 25, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : It's time to go home

23 Oktober 2011 (Ahad)

Kami sampai di KKIA tepat jam 8.25p.m., 20 minit lewat dari jangkaan awal pendaratan. Angin ribut dan hujan lebat sepanjang penerbangan telah membantutkan perjalanan. Pening dan mabuk udara yang dirasakan masih belum hilang meskipun kaki sudah mencecah ke lapangan. 

Ketika kami keluar dari balai, kelihatan ahli keluarga muridku sudah bersedia menanti dengan penuh rindu. Aku bersyukur sangat kami selamat sampai dan dapat pula ku pulangkan anak-anak mereka dengan keadaan selamat. Cuma aku agak risau dengan keadaan Qayyim yang masih mabuk Times Square. Lebih-lebih lagi dia sudah agak kelihatan sedikit kurus berbanding hari pertama dia melangkah kaki ke KL. Ketika ibunya menegur tentang kekurusannya, aku rasa sedikit bersalah. Dan perasaan bersalah itu makin menjadi-jadi bila Kak Rahimah tanya anaknya sempat belajar ke tak sepanjang di KL. Maklumlah esokkan periksaan akhir tahun...

Apapun, aku benar-benar berharap agar perjalanan ini berbaloi untuk kami semua. Semoga kejayaan menjadi milik kami pada 21 November 2011 itu nanti. Amin...





0 comments:

Post a Comment