Monday, October 24, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : Taman I-City

22 Oktober 2011 (Sabtu)

Inilah dia Taman I-City

Dalam Taman I-City ni ada banyak pusat hiburan yang ditawarkan termasuklah Snowalk ni, zoo reptelia, outdoor games,circus dan funfair. Operasi bermula dari jam 8.00p.m sampailah ke pukul pagi, sebelum azan subuh agaknya. 

Aku tak berapa setuju dengan harga yang dikenakan untuk Snowalk yang rasanya tak ada snow pun, tapi ais semata-mata. Rasa macam masuk dalam peti ais. Eh, aku pernahlah masuk dalam peti ais, waktu adik sepupu aku kerja di kedai ayam. Macam nilah rasanya. 


Rumah ais ni taklah seberapa besar sangat dan tak banyak tempat yang boleh kita jelajahi. Nasihat aku pada yang belum pernah ke sini, pakailah sarung tangan. Kalau tak mahu beli sebab harganya mahal, bawa sendiri dari rumah. Memang sejuk gila. 

Waktu ni juga aku perasan ada perubahan di wajah si Qayyim. Mungkin lelah menyebabkan berat badannya agak menyusut sedikit. Ya, kami memang tak berhenti-henti berjalan dari pagi. Mungkin Qayyim tak biasa. 


Tengok perubahan pada pipi Qayyim yang mula mengurus.















Kamera kena wap tak boleh ambil gambar dengan jelas selepas keluar dari snowalk.

Keluar dari snowalk, kami layan kejap main games di luar. Pastu, beli souvenir sikit di kedai gift shop.




Lama tunggu tak ada orang pun nak naik....







Ok. Akhrinya habislah perjalanan kami pada hari ini. Balik, tidur...Eh, packing dulu sebab esok mau balik sudah...Yea....

0 comments:

Post a Comment