Tuesday, October 4, 2011 | By: Luna Biru

Family Trip : Sabah Tea...

Ladang Teh...Sabah Tea...

Sudah lama aku teringin ke sini. Sebabnya. aku suka sangat minum teh panas kosong waktu kecil dulu. Dan, memang juga angan-angan aku jadi taukeh ladang besar macam ni. Bila tengok cerita HEART, lakonan Irwansyah, aku makin kepingin tinggal di ladang teh. 


Sungguhpun agak kecewa melihat struktur ladang yang kurang teratur dan tak seindah khayalanku selama ini, tapi aku tetap suka dengan aliran udaranya yang nyaman dan segar. Oleh kerana aku adalah pencinta gunung, maka, berdiri di atas puncak bukit ini tetap membuat aku merasa tenang dan terkhayal. Rasanya, aku mahu bermalam di sini suatu hari nanti. Kebetulan pula pihak ladang menyediakan cottage baru dengan harga promosi yang hebat. Hmmm....apalagi Tie...kau kan mau sunyi-sunyi? Jom isolasi di sini!

Oya, di ladang inilah juga menyaksikan derita THE DEATH MARCHED yang telah direalisasikan dalam bentuk cereka AKINABALU THE MOVIE. Sekali lagi Abe tersentuh hati dengan sejarah ini dan kemudiannya merasa dirinya sudah begitu hampir dengan tinggalan sejarah. 





















0 comments:

Post a Comment