Friday, October 21, 2011 | By: Luna Biru

OO.ORG : Day 1, Kuala Lumpur,, here we go!

Akhirnya, tibalah jua hari ini....20 Okt 2011 yang ditunggu untuk dirai, yang juga untuk ditakuti.

Kami bertolak jam 11.30a.m dari rumah, dijemput oleh seorang sahabat yang bernama Rahimah. Puan Rahimah ni sebenarnya ibu Farah. Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dalam jam 1.00p.m. Ada satu jam lagi sebelum masa bertolak. So, apalagi, kami pun hentam makan McD.

Kami masuk ke dalam pesawat jam 1.30p.m setelah melalui kawalan keselamatan di balai berlepas. 

Ni waktu dalam kereta cikgu Rahimah...yea...g KL weh!

MAKAN-MAKAN DI McD KKIA


Sempat lagi buat last briefing
Mau masuk sudah ni ke balai berlepas




Penerbangan pun bermula pada jam 2.30p.m, setengah jam lewat dari masa yang ditetapkan. Cuaca agak buruk. Meski tidak hujan, namun awam mendung kelihatan begitu jelas menutupi langit. Hidangan pula diberikan tidak berapa lama selepas itu. Aku dan Qayyim habiskan kesemuanya sekali. Cuma Anis dan Farah saja yang tidak dapat habiskan makanan sebab tak berapa ngam dengan selera. 





Hidangan nasi tomato






Kami sampai di KLIA pada jam 4.40p.m. Hujan sangat lebat waktu kaki pesawat mencecah landasan kapalterbang. Langit betul-betul mendung. Gelap pula sudah mula menguasai alam. 

Takut? Tidaklah....

Abah cakap, itu tandanya ada rezeki. Hujan penuh rahmat.

Ya, Insya Allah....aku tidak saja membawa pasukanku hari ini, tapi seluruh negeri rasaku....Izinkan kami ya Allah...

bersambung...


Selepas ini, kami akan ke rumah transit, BPH, Putrajaya. 



0 comments:

Post a Comment