Pertandingan OpenOffice.org akhirnya selesai tepat jam 4.30 petang. Pertandingan ini menyaksikan 10 buah sekolah rendah dan menengah terbaik berentap untuk merebut gelaran johan kebangsaan. Berdiri di antara yang terbaik adalah sesuatu yang amat mengujakan. Berbaloi segala usaha yang dilaburkan selama ini. Menang kalah barangkali adat bertanding. Namun, dimahkotakan menjadi juara adalah satu anugerah yang mahal nilainya.
Maka, dengan tamatnya pertandingan ini, habislah sudah misi kami di kota Kuala Lumpur yang bersejarah ini. Insya Allah kami akan kembali lagi ke sini untuk misi yang seterusnya. Apapun, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan pada mereka yang telah terlibat dalam perjalanan ini, terutamanya pihak sekolah aku sendiri. Terima kasih yang tak terhingga kepada YB Rosnah Abdul Rasyid Shirlen, ahli parlimen P175 Papar, yang telah memberi sumbangan kepada perjuangan kami, begitu juga dengan Encik Moktar Matyassin, YDP PIBG. GBku, Encik Duraman Bakar yang sentiasa ada untuk menyokong dan membantuku dengan segala daya upanyanya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan setugas yang sentiasa memberi sokongan padu untuk aku menyelesaikan segala tugasanku meski terpaksa selalu menggantikan kelasku. Tidak lupa juga kepad Encik Saiful, Pegawai ICT PPD Papar yang 'memaksaku' mengikuti pertandingan ini. Kalau bukan kerana desakannya, tak mungkin aku berdiri di sini hari ini. Kepada Cikgu Shahrin, cikguku, dan kini, pegawai di PPD, yang telah memberi tunjukajar dalam menjadikan persembahan kami menjadi lebin mantap. Hampir kesemua idea persembahan dan kareografi adalah bersumberkan ilhamnya. Kepada Fairuz Ezzati (haha...), kau memanglah best, sanggup membantu aku walau dalam keadaan sesulit apapun. Kepada suamiku, you are great! Dan familyku, Umi dan Abah...(speechless)
Ya, tanpa kerjasama yang padu, pastinya perjuangan ini takkan kemana.
Sekitar pertandingan akhir peringkat sekolah menengah.
SMK Manjalara yang kreatif |
Para juri yang ceria |
Bersama peserta cilik dari Negeri Sembilan. Sangat berbakat dan petah bercakap. Tahniah dapat meneruskan perjuangan meskipun sakit pada awalnya. |
Dan, sekarang ini, kami akan berangkat ke perut Kuala Lumpur bagi menyempurnakan misi lawatan sambil belajar untuk murid-muridku ini.
Oya,gambar-gambar di bawah ni diambil waktu turun dari rumah transit untuk ke Kuala Lumpur. Waktu ni, hujan betul-betul lebat sampai basah kuyup kami dibuatnya.
Kami berhenti singgah dulu di Masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Maghrib sebelum bergerak ke KL.
Akhirnya, setelah hampir dua jam menunggu, barulah adik aku sampai menaiki van yang disewanya khusus untuk kami. Agak malang bila kelewatan Halim sampai akibat kesesakan lalulintas menyebabkan hotel yang kutempah telah dibatalkan. Menurut receptionist tersebut, aku sepatutnya mengesahkan bookingku sebelum jam 6.00 petang. Namun, hujan yang lebat telah menyebabkan gangguan pada talian hingga aku tak dapat mau telefon dorang untuk mengesahkan tempahan aku. Aku cuba mencari hotel lain sekitar Bukit Bintang dan KLCC, namun hotel yang berada dalam bajet kami semuanya sudah penuh untuk malam ini.
Konsekuensinya? Kami menginap dulu di rumah Halim malam ini. Why not? Halim pun baru kahwin dan cuma ada seorang anak kecil yang berusia setahun. Rumahnya luas dan ada bilik extra, khusus dibuatnya untuk menyambut kunjugan keluarga dari Sabah. Oleh kerana Halim sendiri tak keberatan, maka malam itu kami pun pulang ke rumahnya di Mines, Serdang.
Malam tu, selepas makan malam yang ala kadar di sebuah restoran yang pelokek memberi makanan, kami bergerak ke Uptown, Setapak. Wah...banyak nian benda murah di sini. Aku tak sempat beli banyak barang sebab mengantuk dan letih. Qayyim beli jaket dan baju Chelsea idamannya dari mula sampai sini lagi. Cantik jaket Qayyim pandai dia pilih.
K. Setakat ini dulu buat malam ini. Aku letih dan mau tidur. Eh, lupa pula aku nak bagitau, laptop aku rosak right after aku masukkan memory card dari kamera si Qayyim. Ada virus kali memory card si Qayyim ni sampai kondem windows aku. Huhu...yang sedihnya, video rakaman pertandingan openoffice juga turut hilang berikutan kerosakan itu. Tak sempatlah aku bawa balik g Papar mau kasi tayang sama si Fy dan mama Qayyim. Sedihnyer...
Anak Halim, si Hakim yang comel. Waktu ni kami makan di restoran yang ntah apa namanya. Makananya murah dan keciput sangat. |
Ni pula di Uptown. Murah giler weh... |
Anis beli selipar di sini |
Qayyim tengah pilih jaket |
Tudung lelong RM10! |
Nampak tak tupai tu? Harganya RM270. Ada sesiapa yang mau beli? |
Sate ikan yang lazat amat. |
0 comments:
Post a Comment