Sunday, October 9, 2011 | By: Luna Biru

Aku seorang chegu

Dulu,

abah bilang perempuan bagus jadi cikgu. Ada banyak masa di rumah, kerja pula setengah hari. Berusaha abah yakinkan aku betapa sesuainya seorang perempuan itu jadi guru. Berbaloi dengan gaji dan boleh luangkan lebih masa dengan keluarga.

Tapi siapa pula sangka bahawa kerjaya yang abah paksa-paksakan ini akhirnya memerangkap dia jadi penjaga anak-anakku seumur hidupnya?

Siapa pula sangka bahawa tugas guru bukan berakhir pada jam loceng berbunyi? Bahkan sampai ke malam dan dini hari pun, guru tetap bersabung dengan masa dan waktu.

Siapa pula tahu kalau kerja guru telah merampas banyak waktu bersama keluarga demi sesuatu yang bernama bakti untuk anak didik dan negara?

Atau, ada siapa-siapa tahu kalau gaji guru itu berbaloi dan setimpal dengan kerjanya?

Ya...masa sudah berlalu dan meranapkan segala pandangan abah yang dulu betul, tapi sekarang sudah salah benar nampaknya.

Menyesal nda jadi guru?

Entahlah...mungkin kalau bajet 2011 menguntungkan aku dengan limpahan wang macam DG48, mungkin aku akan fikir dua kali mahu menyesal. Tapi aku cuma guru pra siswazah yang cuma masih di dasar-dasar hak hakiki untuk menikmati durian runtuh sebegitu. RM80-RM360 setahun adalah janji untuk guru-guru kategori rendah macam aku dengan bonus setengah bulan gaji. Memang bersyukur....tapi...terpaksalah kerja keras lagi untuk dapatkan gaji maksimum. Bila tu? Angan-angan mau dapat master rasanya jauh lagi. Kalau sudah ambil master, barangkali mau pakai seluar dalam pun tidak sempat sudah...hahaha....sakastik!

0 comments:

Post a Comment