Destinasi seterusnya, kami melawat War Memorial Garden yang terletak berdepan dengan Nabalu Lodge, di Pekan Kundasang. Kalau mau tau lebih banyak sejarah tentang tempat ni, bolehlah google
di sini. Sebenarnya, ini kali kedua aku ke tempat ni. Dan rasanya, aku masih suka dengan suasana dan keaslian sejarah yang masih tinggal di sini. Aku suka dengan keindahan garden yang dijaga rapi membuat aku rasa roh-roh yang ada di sini pasti akan lebih aman, jadi dorang tak kan kacau orang. Hehe...tapi rupanya, lepas tu baru aku tau rupanya tempat ni cuma dijadikan kubu British sebagai ibu pejabat. Tak ada satu kubur pun di sini. Kalau mau lawat kubur dorang, boleh pergi ke War Memorial Park.
Dalam ramai-ramai bebudak yang ikut rombongan ni, si Abelah yang paling excited sekali mau tau pasal sejarah tempat ni. Habis bungkas aku ditanyanya. Siap-siap dengan apek tukang jaga tu pun ditanyanya macam-macam sampai bengang gila apek tu. Aku pun tak sangka juga dia begitu teruja sekali mau tahu pasal tempat ni. Kalau aku diberi pilihan pun, aku mahu berada di sini selalu. Entahlah kenapa. Mungkin aku tersentuh hati bila membaca puisi yang dicatat di atas sebuah batu di situ. Rasanya, aku faham kerinduan itu...
|
Read the poem... |
|
Senarai nama askar British yang terkorban |
|
Kembar siam melakat |
|
Aku dan boyfriend baru. Hehe....si Arin yang bujang |
|
Along dan suaminya, sir Talip |
|
Watch more story about DEATH MARCHES in AKINABALU THE MOVIE. Satu lagi sejarah yang menyedihkan. |
|
Ni sign paling glemer dan menimbulkan kontroversi bahasa. Haha... |
|
Upss...aku tak pijak tau....! |
|
Boleh nampak puncak gunung Kinabalu dari sini. |
|
Ni pelancong dari mana plak ni? |
|
Pindik betul bah pulak aku tu,kan? |
|
Bengkok pulak siku aku. Hehe... |
|
Kedai souvenir yang redup dan mendamaikan hati |
|
Ini adalah dusun pertama yang mendaki gunung Kinabalu |
|
Kepala bom |
|
Macam highway Texas. Ceh...macam pernah pigi |
Bila aku tanya Abe kenapa dia sensitif sangat pasal isu ni, dia jawab,
"Sebab dorang semua mati sebelum sempat jumpa orang yang dorang sayang. Dorang mati di tanah orang lain, sebelum sempat pulang ke negeri sendiri. Dorang mati, berkubur di negeri orang lain. Dorang mati sebab bukan perjuangan tapi pembulian..."
Dengan bahasanya yang tidak teratur itu, aku rasa aku faham apa yang dia cuba sampaikan...
0 comments:
Post a Comment