Lupa pulak aku mau cerita pasal kes yang berlaku pada 27 Ramadhan.
Petang tu kami ke KK berdua dengan abang untuk shopping terakhir. Oleh kerana kami lambat mencari tempat sungkai, maka kami terpaksalah lagi memilih Secret Recipe yang membosankan itu. Ramai juga pelanggan di restoran tu waktu tu sampaikan meja disusun agak rapat antara satu sama lain. Ruang pemisah antara satu meja ke satu meja hanya muat untuk seorang berjalan. Kalau Adibah Nor yang lalu, mesti tak muat punya. Aku pun, ntah silap-silap, boleh tersangkut punggung.
So, nak dijadikan cerita,sebelah kami, duduk sepasang kekasih yang ditemani oleh seorang perempuan yang aku percaya adalah rakan baik si perempuan tu. Kira macam kawan yang sorang ni macam orang ketigalah. Hensem juga boyfriend perempuan tu sampai aku pun tertoleh balik-balik. Siap curik-curik ambil gambar dia lagi dengan kamera digital baru aku nih. Hihi...Aku rasa umur dorang ni muda lagi adalah dalam 20-an.
Tapi bukan itu yang membuatkan aku tertarik untuk merakamkan kisah mereka di sini.
Lama-kelamaan, aku baru menyedari bahawa makan malam itu sebenarnya dikuasai sepenuhnya oleh kawan perempuan itu tadi. Dia sedaya upaya membuat cerita yang lucu dengan suaranya yang agak kuat hinggakan si perempuan itu tiada masa langsung nak melayan boyfriendnya. Si lelaki ini tadi mula-mula layan-layan jugalah. Tapi last-last, dia mula bosan. Dia mula mengalihkan perhatiannya kepada telefon ipad di tangannya dan membiarkan mereka berbual saja. Ups....aku rasa itu bukan perbualan. Tapi sesi mendengar karut marut yang dibawa oleh rakan si perempuan itu tadi. Aku sendiri yang di sebelahnya ni pun rasa bosan dengan ceritanya apalagi lelaki tu kan? Bila aku perhatikan muka perempuan yang satu lagi tu, dia juga mula rasa kurang selesa dengan sikap rakannya. Tapi dalam masa yang sama, dia juga terpaksa nak jaga hati kawannya ni. Dari bawah meja, aku tengok, dia pegang peha boyfriendnya dan mereka bergenggaman tangan dari bawah meja.
Tetiba jak aku rasa kesian pulak dengan pasangan tu. Rasa benci pula meluap-luap di sanubariku ini dengan kawan perempuan yang tak sedar diri ni. Sikapnya mengingatkan aku pada seseorang. Dulu, aku pun ada rakan perempuan macam ni. Suka kuasai orang dan keadaan. Asyik dia saja yang mahu conquer dan jadi master dalam hidup kita. Sampaikan apa yang nak dipakai, dan bila mau jumpa boyfriend pun, semua dia yang atur. Aku benci betul dengan kawan yang macam ni. Oya, lupa pulak aku mau bagitau, baju dia dengan kawan dia memang sama hari ni. Mau dikata uniform mustahil juga. Oh...mesti semuanya sudah dirancanginya,kan?
Bila ingat pasal kawan aku tu, tetiba jak lagi aku tak boleh kawal marah aku. Lebih-lebih lagi bila aku dapati yang si kawan ni sudah sedar yang pasangan depannya ni sedang bergenggaman tangan di bawah meja. Maka dia pun menyuruh-nyuruh rakannya pegangkan kamera untuk dia. Suaranya pula makin kuat sambil lirik boyfriend kawannya dengan harapan lelaki tu akan take part dan terhibur dengan ceritanya. Ceh! Bengang aku wei! Abang pun cepat-cepat suruh aku makan dan blah dari situ. Keluar migrainnya sudah,katanya.
Bila sudah habis bayar, abang keluar dulu, mahu ke tandas katanya. Aku pun apa lagi, ambil kesempatan untuk luah sakit hati dan ketidak selesaan aku sepanjang sesi sungkai tu. Sebelum keluar aku cakap dengan selambanya cakap pada si kawan yang banyak mulut tu;
"Excuse me, kau ni memang banyak cakap ya? Boring betul aku dengar cerita kau dari tadi. Lain kali, tolong pelankan volume tu kalau bercakap,k?"
Then, aku terus keluar dari situ tanpa menoleh lagi.
Pengajarannya?
Sebagai individu, kita kena alert dengan sikap kawan kita sendiri. Ada kawan yang suka kuasai kawan dan tanpa sedar kita sebenarnya sudah berada di bawah kawalan seorang kawan. Kita pula kerana takut kehilangan kawan, jadi mudah mengikut rentak yang telah kawan kita sediakan untuk kita. Kawan macam ni memang baik dan selalu tolong kita. Tapi sebagai bayarannya, dia cuma mahu kita berada terus di bawah kuasanya dan dia juga mula merasa berhak menentukan setiap keputusan kita. Kawan macam ni juga selalu merasa punyak hak untuk campur tangan dalam hidup kita termasuk menjadi penyambung lidah pada sesiapa saja. Contohnya, kalau kita suka dengan mamat tu, dia jugalah yang awal-awal kasi sampai tanpa pengetahuan kita. Dia juga yang atur pertemuan kita dan kasi advise percuma tentang itu dan ini. Tapi hakikatnya, dia ni jugalah yang sebenarnya boleh buat kita dengan mamat pojaan hati kita ni berpisah. Percaya tak?
Kepingin jak aku cakap sama perempuan satu tu bahawa tiada lelaki di dunia ni yang suka girlfreindnya dikuasai oleh orang lain selain dirinya. Tiada juga lelaki yang suka bersaing dengan perempuan lain walaupun sahabat baik perempuan tu sendiri. Fahamilah, lelaki memahami akan hak seorang kawan tapi kalau ianya melebihi had hingga mengganggu hubungan, maka lelaki akan mudah undur diri dari terus bersaing dengan girlfriend girlfriendnya. Lelaki juga tak suka dengan perempuan yang bergeng, iaitu yang suka berpakaian sedondon dan suka bergaya sama. Ia menunjukkan bahawa perempuan itu tiada prinsip sendiri dan tiada keteguhan hati. Macamana nak kahwin dengan perempuan yang mudah dipengaruhi kawan? Silap-silap, bila kahwin nanti, hal rumahtangga pun dia masuk campur. Termasuk dalam hal memilih sofa atau tabir tingkap. Nampak kecik,kan? Tapi percayalah, ia bakal membawa epada suatu pertengkaran yang besar suatu hari nanti.
Last, to all the women, kita kena faham bahawa taraf seorang kekasih dan kawan baik itu jauh bezanya. Cuba jangan terlalu libatkan keduanya. Kerana keduanya sedang bersaing untuk menguasai perhatianmu.
Work independently.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
August
(48)
- Girlfriends
- Kriteria pilihan
- Suami seorang rakan
- Cucu Abol Hassan
- Key-in SAPS
- Anak-anak dah besar
- Malam terakhir sebuah harapan
- Jangan tunjuk kepala sendiri
- Syawal dulu dan kini
- Syawal kami
- 29 Ramadhan...persiapan akhir
- Aku punya kehidupan?
- Rezeki raya tahun ni
- Sebuah pentengkaran
- Kaunter pembayaran zakat
- Topeng haiwan
- Persiapan menjelang pemantuan PPDa peringkat negeri
- Insiden si Abe
- Sebuah pengorbanan sang ayah
- Sungkai with kidz
- Shopping-Shopping weh!
- Persahabatan selebar daun kelor
- Majlis Nuzul Quran
- Biskut raya edisi Luna Biru
- Main bunga api
- SONY NEX 3
- DELL inspiron
- Update terkini aku
- Kenduri arwah nendaku...
- Kateringku
- Jelaga
- Kuih oh kuih
- Sehelai mukasurat yang hilang
- Menu sungkai hari ke9 Ramadhan
- Menu sungkai hari ke8 Ramadhan
- Cuaca panas gila di Sabah
- Jelapang Kasih
- Menu sungkai hari ke7 Ramadhan
- Rezeki anak-anak
- Egoku
- Sebuah kisah di 4 Ogos...
- Menu sungkai hari ke4 Ramadhan
- Nikmat melukaimu
- Variasi tart versi Luna Biru
- Resipi Cheese Cake versi Luna Biru
- Menu sungkai hari ke3 Ramadhan
- Ramadhan dan kisah kita I
- Menu sungkai hari ke2 Ramadhan
-
▼
August
(48)
3 comments:
hahaha....lawak gila zue...berani ko pi mrh pempuan sengal tu...mcmn la reaksi pempuan tu pas ko ckp mcm atu aa?? hahaha...hahaha...
Dia punya blur macam ada wink-wink dekat kepala dia. AKu pun sebenarnya takut tunggu respons dia tu sebab aku terus blah.
Oya, paling interesting, sebenarnya, bila sudah menjauh, aku toleh belakang balik. Dari dinding kaca restoran tu, aku tertengok lelaki tu sedang perhatikan aku. Bila mata kami bertembung, dia terus tersenyum sama aku. Hmmm...mesti dia sedang ucapkan terima kasih sama aku tu,kan? Ceh...perasan.
hehehe...klu aku pun lelaki tu...misti aku cr peluang mo say tq sm ko....tp tindakan ko tu mmg berani mati la....hahaha....and im sure...yg senyuman lelaki tu..adalah ucapan terima kasih sm ko....hehehe!!! sekali tindakan ko tu...mmg tatap2 "wise action"....kira ko mcm penyelamat keadaan la...pd situasi dan insiden2 yg kureng....hihihi
Post a Comment