Wednesday, August 31, 2011 | By: Luna Biru

Key-in SAPS

SAPS...apa dalam bahasa sebenarnya pun aku tak tahu. Cuma akronim tu begitu popular sekali di kalangan guru-guru sejak akhir-akhir ni. Sampai naik cuak aku mendengarnya. Sana-sini ribut pasal hal yang sama.


Macam-macam masalah timbul sejak SAPS ni mula diperkenalkan dalam bulan Julai lepas. Ada guru sampai tak masuk kelas. Ada yang masuk kelas pastu keluar balik. Ada lagi yang sampai masuk lambat ke kelas. Ada juga yang sampai bawa laptop dalam kelas dan macam biasa, kasi murid-murid buat kerja yang boleh membuatkan dorang duduk diam-diam. Ada juga yang sampai bawa wifi peribadi ke sekolah semata-mata untuk mudahkan kerja kawan-kawan. Ada pula yang upah orang untuk langsaikan tugas ni. Ada lagi yang mengamuk sakan dan mulalah buat komplot di meja makan kantin. Alala....setakat nyalak-nyalak di kantin bolehlah. Bila depan PPD semua pun jadi tikus juga. Guru Besar jangan cakaplah...ugut macam-macam. Ingatkan kita pasal AKU JANJIlah, sumber utama rezekilah, and whatever-whatever....

Pendek kata, aku rasa semua sekolah 1 Malaysia ni ribut pasal hal ni. Tu belum terjumpa lagi cikgu yang berjenis gila gabra lagi tu....

Ya. Macam-macam hal yang berlaku sejak SAPS ni diperkenalkan. Tarikh tutup untuk hari penuh tragis ni ialah 2 September. Bermakna, lusa.

Dan aku? Dalam kategori apa?

Huk alala...kalau korang nak tahu, aku sampai sekarang belum buka lagi benda ni. Ada dua kali aku try lebih kurang dua minggu lepas tapi tak dapat buka sebab password aku salah. Kawan aku cakap, lapor dengan S/U. Sudah juga kulapor dan dia cakap, boleh ambil password di bilik PK. Believe it or not, sampai sekarang aku belum ambil lagi.

Namun bagi aku, kalau benar-benar kerajaan mahu menuluskan SAPS ni untuk NKRA, sepatutnya kerajaan perbaiki dulu sistem web master agar tidak berlaku kesesakan udara yang melampau-lampau. Sistem yang kurang berkualiti ini menjadikan guru-guru terkejar-kejar masa mencari ruang yang terbaik untuk meng key in markah hingga menjadikan beberapa hal yang tidak diingin berlaku. Apa yang kumaksudkan dengan hal-hal yang tidak diingini? Antaranya macam yang aku sebut di ataslah, perihal respon guru-guru sejak SAPS diwajibkan. Selebihnya adalah mengenai perihal masa peribadi guru-guru yang terpaksa bekerja sampai ke sahur, semata-mata hendak mencari ruang masa yang lengang untuk meng key in markah. Ada pula sambil meng key in sambil berbuka puasa. Ada pulak lagi sampai kena marah mertua sebab tak masak untuk makan malam. Ada pula lagi yang bergaduh laki bini sebab si laki marah bila isterinya tercongok depan komputer sampai larut malam. Ada lagi cerita si anak sampai termakan najis sendiri bila si ibu lambat mau basuhkan lepas buang air.

Na...tengok....macam-macam hal,kan?

Cuba tengok talian FB. Dalam satu hari ada 500 juta pengguna menggunakan talian yang sama, namun tidak pernah berlaku kesesakan trafik udara. Jadi, apalah salahnya kalau kerajaan mantapkan dahulu benda ni sebelum mempublishkannya keluar agar guru-guru lebih bersistem dalam melakukan tugas mereka. Kadang aku rasa, apa-apa saja yang diperkenalkan KPM ni semuanya macam idea on the spot saja. Tengoklah PPSMI tu. Betul, idea canggih, perancangan pun canggih. Tapi hancur dalam pelaksanaan. Sepatutnya mantapkan dulu guru dalam ilmu bahasa inggeris sebelum meminta mereka mengajarkannya pada murid. Macamanalah PPSMI mahu berjaya kalau guru sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk menjalankan tugas mereka. Samalah juga halnya dengan SAPS ni. Seharusnya, kerajaan mantapkan dulu sistem talian sebelum mengerahkan guru-guru 1 Malaysia ber online untuk meng key in markah. Bayangkanlah di Malaysia ada 90  ribu buah sekolah. Guru-gurunya ada berapa?

Haih...silap-silap kena block jugalah blog aku ni dengan alasan mengkiritik kerajaan. Ah, aku bukan terorist. Jauh sekali berniat menjadi penderhaka. Aku adalah pencinta kerajaan yang tegar. Cuma, yalah....ada beberapa hal juga yang aku tak puas hati. Tapi rasanya aku utarakan dalam bahasa yang baik dan disertakan dengan advise yang cukup baik,kan? Kalau benar kita punya hak bersuara, maka kukira aku telah bersuara dalam cara yang cukup beradap mithali. Kira-kira boleh dapat band 6 la. Tapi, ni kalau GB aku terbaca ni, maunya nda gabra dia ni. Matilah aku hari Isnin ni kena sindir di taklimat pagi.

Soalnya, sampai bila kita mesti menyembunyikan kebenaran?

May be besok lah aku start buat SAPS tu.

0 comments:

Post a Comment