Dua hari ni kami tak bersungkai di rumah sebabnya...ada jatah rezeki untuk anak-anak. Jadi kubawa dorang berbuka di luar. Sebenarnya kelmarin tidak berniat juga hendak berbuka di luar cuma pasal aku sibuk uruskan tempahan biskut raya sampai jadi malas mahu masak. Akhirnya kami berbuka saja di Restoran Juara yang menyediakan menu utama nasi ayam ala-ala Singapore Chicken Rice. Restoran ni merupakan tempat favorite anak-anak aku. Abang tak ikut sebab terlibat dalam majlis berbuka di sekolahnya. Kami berbuka beramai-ramai dengan para sepupu sepapat aku. Memang meriah!
Dan hari ni pula, kami bawa bebudak ni g shopping baju raya di KK. Target utama cuma dua bangunan saja iaitu Emadira dan Wisma Merdeka. Syukurlah hari ni semuanya selesai jadi aku tak payah mahu fikir-fikir lagi urusan baju dorang ni dan boleh kosentret dengan tempahan biskut raya. Syukur Alhamdulillah....rezeki anak-anak. Selalunya, kena tunggu bonus dan gaji baru dapat beli keperluan dorang ni. Oya, tahun ni ada bonus ke ah? Dengarlah CUEPACS minta 2 bulan bonus. Aku terfikir-fikir, kalau tiada CUEPACS, siapa yang akan memohon untuk bonus kakitangan kerajaan?
Berbuka di Restoran Juara...
|
Acik tidak sabar menikmati milo tabur ping |
|
Sedang menghitung detik sebelum sungkai |
|
Ade habiskan sepinggan nasi |
|
Abe n Acik yang selalu girang tak bertempat |
|
Memang syok berbuka ramai-ramai |
Shopping with kids...
|
Terdampar di sofa Suria kerana kepenatan |
|
Memang penat dan lapar.... |
|
Kami berbuka di Kenny Rogers... |
|
Lepak-lepak tunggu sungkai |
|
Abe yang sudah lemah longlai |
|
Minuman pilihan budak aku |
|
Muffin yang lemak dan enak |
|
Macam biasa, aku tetap pilih mocha |
|
Carrot cake. Tak berapa menepati citarasa aku |
|
Side dish |
|
Ayam panggang kegemaran si Abe. Nasib tulang tak boleh dimakan, kalau tidak, dengan tulang-tulang dia bedal |
|
Ni pula sandwich kegemara aku. |
|
BAwa balik Big Apple donut untuk si Ade n Mizan yang terpaksa ditinggalkan di rumah atas sebab-sebab keselamatan. |
Its...a wonderful day...rasanya macam aku bebas dari beban yang menyakitkan kepala aku setiap kali menjelang Syawal. Yang penting, keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Kami orangtua ni...tunggulah....
0 comments:
Post a Comment