Sunday, August 28, 2011 | By: Luna Biru

Biskut raya edisi Luna Biru

Alhamdulillah....Khamis itu, 24 August, 2011, semua tempahan biskut raya telah berjaya kami siapkan. Pada hari itu juga semuanya terus dihantar kepada pembeli yang sudah menempah sejak awal-awal lagi. Pada hari itu juga, kami menerima bayaran cash yang membuatkan segala kepenatan selama ini terasa sangat berbaloi.

Syukurlah Allah mengurniakan manusia itu akal untuk berusaha mencari ikhtiar. Dia juga memberikan ilham yang tak pernah tersangka untuk dicapai. Dia juga memberi kekuatan untuk meneruskan sebuah perjuangan yang tak pernah berhenti alirnya.

Ya...selagi kita bertawakkkal, janji rezeki itu sentiasa ada, bagai burung yang terbang pagi dan tidak pernah kembali ke sangkarnya dengan perut lapar.

Dua sejoli...dalamnya ada kacang hazel sebiji, perisa vanila. Paling popular nih
Kepingan badam spanish. Popular demand
Tart nanas yang jadi rebutan
Apple green yang menawan
Salju putih yang berkrim
Almond London dan biskut kurma
Makmur yang paling aman
Sebenarnya banyak lagi nih tapi kameraman aku pulak tak sempat mau rakam. Huhu....tak apa, karang aku upload lagi sebab ada sebahagian lagi masih dalam proses. Soalnya, kami sendiri pun belum ada biskut raya lagi sebab semuanya sudah habis dijual. Terpaksalah aku menguli balik nih....

0 comments:

Post a Comment