Sunday, August 28, 2011 | By: Luna Biru

Kaunter pembayaran zakat



Sudah bayar zakat ke belum?

Alangkah ruginya kalau tak membayar zakat sedangkan kemudahan pembayaran zakat ada di mana-mana. Tak wujud istilah lupa atau tak ingat lagi. Lainlah alasannya kalau memang tiada duit.

Kadang-kadang kesian pula aku tengok amil-amil yang bertugas ni duduk sorang-sorang tunggu orang bayar zakat. Takkanlah dia nak panggil-panggil orang untuk bayar zakat pula macam salesman jual barang,kan? Tapi secara batinnya, aku memang cukup kagum dengan kesabaran dorang ni. Aku paling suka bila tengok dorang baca doa bila setiap kali selesai orang bayar zakat. Mudah-mudahan berkat zakat yang dibayar. Mudah-mudahan, panjang amalan si amil dalam melaksanakan rukun Islam ini.

Ada yang cakap tugas menjadi amil ni memalukan. Duduk di shopping komplek pastu tadah-tadah tangan macam peminta sedekah. Yakah? Gila pendapat tu. Bagi aku, merekalah semulia-mulia manusia yang penuh sabar berada di situ sepanjang hari dalam usia sedekad itu demi mempermudahkan urusan manusia yang bergelar lelaki muslim.

Kepada suamiku, terima kasih kerana sudah 14 tahun dengan penuh komited membayar zakat untuk kami sekeluarga. Kalau dulu, tugas membayar zakatku digalas abah. Ya...dialah pembayar zakatku, setelah abah mengamanahkan aku ke tangannya.

0 comments:

Post a Comment