Sunday, August 28, 2011 | By: Luna Biru

Shopping-Shopping weh!

Selesai saja semua tempahan dan penghantaran biskut raya, aku dan abang pun segeralah melalut ke KK untuk shopping 1 Malaysia. Haha....kira reward untuk diri sendiri lah...Sebenarnya hari tu dah setel semua bab-ban shopping ni. Tapi pasal ada rezeki lebih, so kami pun menambahkan lagi koleksi untuk menyesakkan almari dan koleksi peribadi.

Tahun ni, kami pilih tema biru torquise. Tahun lepas warna hijau lumut. Tak tahulah bila giliran aku sampai untuk tema warna putih silver pula. Tahun-tahun aku cadang tak pernahnya approve oleh anak-anak. Anis cakap, putih is boring. Abe pula takut kalau itu jadi syawal terakhir aku macam yang selalu keluar di TV tu. Dia ni memang primitf sikit orangnya. Aku rasa dia nilah waris pemikiran seni nenek.

Apapun, syawal ni kira meriahlah sikit sebab memang banyak rezeki yang Tuhan limpahkan untuk kami sekeluarga. Cukup pula dibagi-bagi untuk mereka yang memerlukan. Alhamdulillah....

Petang tu, kami bersungkai di Secret Recipe sekali lagi kerana cuma inilah satu-satunya restoran yang lengang di CP ni. Aku tak berapa minat sangat dengan tempat ni sebab makanannya tidaklah mengujakan sangat dan mahal pula tu. Cuma tempat ini memang sesungguhnya selesa.

Lepas saja sungkai, kami pun bertolak keluar dari bangunan CP untuk menuju ke Warisan Square. Dalam perjalanan ke sana, kami ditahan oleh seorang budak kecil di tingkat 4 Palm Square. Budak kecil ni berdiri di tengah lorong pejalan kaki sambil membawa sehelai kertas A4 yang telah dibaluti dengan plastik. Kertas a$ itu merupakan sehelai salinan laporan polis yang mengesahkan bahawa keluarga mereka telah terlibat dalam kemalangan kebakaran. Dia meminta sedikit belanja dari kami. Menurutnya, rumah keluarganya hangus terbakar minggu lepas di Tuaran menyebabkan mereka sekeluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Dia mempunyai 4 orang adik beradik dan ibubapanya sudah bercerai. Ibunya sekarang bekerja di KK Plaza. Menurutnya lagi, dia dan abangnya terpaksa meminta sedekah untuk membuat perbelanjaan sekolah dan membeli keperluan yang hangus terbakar.

Well....teratur betul ceritanya sampai aku jadi simpati. Tapi persoalannya;
1. Apakah tindakan ketua kampungnya dalam menangani permasalahan tersebut hingga si kecil itu nekad meminta sedekah dari Tuaran ke KK?
2. Di mana peranan si ibu hingga sanggup membiarkan si anak nekad menjual keselamatan dirinya meminta orang duit? Kalau budak tu kena culik, camana?
3. Bertemankan siapa budak kecil ni ke KK?
4. Tidak takutkah bertemu dengan pihak kebajikan masyarakat lalu diambil dan dijaga di sana kerana ketidakmampuan si ibu untuk memelihara?
5. Ataukah ini sebenarnya satu sindiket penggunaan kanak-kanak untuk mencari wang?

Bila kuajukan soalan-soalan itu, si kecil mula kalut. Kesian pula aku tengok. Akhirnya aku kasi dia RM10 dan minuman appletizer yang tak sempat aku minum tadi sebab dapat percuma minum air sirap di Secret Recipe. Hajat hati aku mahu juga ikut budak tu dari belakang dan tengok mana dia pergi. Tapi malaslah pula mau tahu sangat sebab karang tak sempat aku mau ke kedai Bu Jijah di Tamma ekslusif Warisan Square tu. Hihi....

Si kecil ni mula gelisah bila aku soal macam-macam. Balik-balik dia tengok
belakang aku macam ada seseorang di balik dinding sedang memerhatikannya
Ni waktu dia sedang story-story sama aku kisah sedihnya dengan wajah yang
tak sedih langsung
Dia pun mula bengang...
Ni salinan repot yang jadi bahan bukti dan simpatinya
Hmmm....entahlah...aku pun tak tahu betul ke tidak....

Pastu, waktu pulang dari Warisan, aku terjumpa baby mongel ni yang begitu derasnya mengisap puting cocotnya. Lapar mungkin baby ni sedang si ibu pula sibuk memilih casing untuk hpnya. Dibiarnya saja babynya di pram tanpa pengawasan. Kucolek juga budak ni karang. Comel sungguh!

K...ni pix night scene dari tingkat 3 CP sepanjang sesi menunggu keluar dari bangunan Cp yang penuh sesak walaupun sudah jam 10 malam. Kami pun sudah terkandas lebih sejak dalam kereta semata-mata mahu keluar dari tempat ni. Sempat lagi kami turun dan begambar-gambar. Hehe....





K...itulah cebisan kisahku sepanjang hari shopping. Tak mau lagi ke KK pasni. Lepas raya sambung shopping balik. Jera oooo....

0 comments:

Post a Comment