Waktu kecik-kecik dulu, saat tubuhku masih merah jambu, dan ubun-ubunku masih lembik, abah selalu masuk campur dalam urusan persahabatanku. Dia sentiasa mahu tahu siapa kawanku, dan apa yang telah aku lakukan sepanjang hari itu bersama kawanku. Aku menyifatkannya sebagai penyibuk. Tapi abah selalu menegaskan bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikanku. Baginya, dia perlu sentiasa ada di sisi aku dalam pencarianku memilih sahabat. Dia khuatir sekali aku salah memilih. Bukan kerana takut aku akan terpengaruh dengan negatif yang bakal dibawa sahabatku. Tapi kerana dia tidak mahu aku bakal kecewa dengan sebuah persahabatan yang tak pernah kita tahu jujur mulusnya.
Setiap kali aku mahu keluar dengan kawan, abah selalu pesan:
"Baik-baik berkawan Cil (Abah seorang saja di dunia ni panggil aku Acil), jangan terlampau baik bekawan, jangan juga telampau dibaik kawan. Belum kau tahu mengukur baik kawanmu sepanjang apa. Belum juga kau tahu mengukur baikmu bekawan dengan siapa,"
Ayat itu diulang berkali-kali sampai aku hafal semuanya.
Dan aku maksudkan hafal. Bukan faham. Apalagi untuk mengerti.
Bagi aku, abah terlalu prejudis dengan masa lalu yang pernah dialaminya hingga dia memaksa aku melihat dunia melalui kacamatanya. Tidakkkah ia sesungguhnya tidak adil?
Namun, pelan-pelan, sedikti demi sedikit, bagai seorang anak kecil yang bermula dengan setitis susu, lalu sesudu bubur hinggalah sepinggan nasi, aku mula memahami maksud 'baik-baik berkawan' yang abah perjuangkan selama ini.
Ya...sebaik-baik kawan, dia tetap manusia biasa. Ada nafsu, pandai khilaf dan kadang-kadang pandai tersasar. Itu adalah lumrah kehidupan. Tapi bagaimana kalau kekhilafan yang dilakukan oleh sang sahabat ternyata membawa fatal yang total dalam kehidupan kita dalam tempoh yang sangat panjang?
Aku mahu bawa sedikit kisah mengenai kisah persahabatanku yang telah menjangkau usia 10 tahun pada tahun 2009 yang lepas....
Biarlah kugelar dia Kak Ziela.
Aku mengenali dia saat kali pertama mendaftar diri menjadi guru lulusan diploma di sebuah sekolah di pedalaman Papar. Kami tidak bermula sebagai sahabat. Hanya saling bertukar senyum dan sapaan perkenalan yang ringkas. Masuk tahun berikutnya, kami mula berkongsi minat. Lalu tahun demi tahun pun menjadikan kami manusia yang akrab. Sangat akrab dan intin hingga dia jadi sebahagian hidupku dan begitu juga sebaliknya. Paling menarik, kami pasti akan mengandung bersama hingga anak-anak kami sebaya semuanya. Kalau aku mengandung duluan, dia dengki dan tidak lama dia akan mengikuti jejakku. Dan begitu jugalah sebaliknya. Lucu betul bila ingat masa tu.
Kak Ziela selalu ada saat aku memerlukan. Oleh kerana aku menjadi sasaran kerja yang menumpuk tentang hal-hal keceriaan dan ICT sekolah, maka aku selalu terpaksa menghabiskan masaku di sekolah. Tak pernah sekalipun Kak Ziela meninggalkan aku. Kalau aku harus bermalam, maka bermalam jugalah dia, walaupun dia terpaksa membawa segerombolan askar-askarnya ke sekolah. Waktu aku susah, Kak Ziela jugalah tempat aku mengadu. Soal wang ringgit, jangan sebutlah. Banyak yang sudah dilaburkannya untukku, termasuklah saat aku memerlukan kewangan yang bernilai ribuan ringgit. Kak Ziela tak pernah menghampakan aku. Aku sungguh beruntung punya sahabat baik macam dia.
Lebih mengharukan waktu aku melahirkan anak ke lima. Atas beberapa alasan, aku terpaksa memindahkan anak-anakku yang bersekolah denganku untuk ditumpangkan di sekolah yang berdekatan dengan rumahku di Kg.Takis sepanjang tempoh aku berpantang. Kak Ziela menghalang aku melakukannya. Menurutnya, susah kalau anak-anak pindah sekolah dan bertumpang-tumpang sekolah. Takut menjejaskan pelajaran dorang nanti. Yalah...anak-anakku dah macam anak-anaknya sendiri. Jadi, sayangnya sama anak-anakku tu memang agak terlebih sikit berbanding murid-murid lain. Kak Ziela menawarkan untuk menjemput dan menghantar anakku setiap hari meskipun arah rumah kami jauh bertentangan. Dia juga sanggup menghantar anakku terus ke sekolah agama. Kadang-kadang bila aku terlupa bagi belanja makan tengahari, Kak Zielalah yang akan memberi makan anak-anakku. Lebih dari itu, Kak Ziela juga sanggup menghantar jualan yang umi buat ke kantin sekolah itu. Kesimpulannya, semua rutin yang kubuat selama ini 100 peratus telah diambil alih oleh Kak Ziela tanpa meminta sesen bayaran pun dari aku.
Baik sungguh dia. Syukur Alhamdulillah....semoga Allah mempermudahkan segala urusannya sepertimana dia sentiasa mempermudahkan segala urusanku. Dialah malaikat yang dihantar Allah tepat ke alamatku untuk membantuku yang sedang kucar-kacir waktu itu.
Hinggalah tiba detik itu....
....ia bermula pada tahun 2008. Saat aku sekali lagi disahkan mengandung anak ke 6, sedangkan aku baru saja melahirkan anak ke 5. Aku mula merasakan bahawa orang-orang sudah mula bosan kalau aku sudah terlalu banyak mengambil cuti bersalin. Mereka juga sudah mula bosan kalau aku selalu bolos sekolah atas alasan-alasan yang pada mulanya mereka fahami dan simpati. Tapi, yalah....hati manusia, manalah kita tahu panjang ukurnya kan? Sefaham-faham dorang, dorang manusia juga. Wajarlah dorang marah kalau terpaksa sering mengganti kelas aku. Alasan anak sakit, umi sakit sudah terlalu klise. Tak kiralah sebenar manapun ia, yang pastinya, alasan itu akhirnya menghumban aku dalam satu laut yang tak pernah mampu untuk kuselam.
Kemuncak pada kebosanan itu adalah sebuah amuk yang panjang. Segalanya terjadi saat baby kecil si Ade disahkan mempunyai keganjilan di dalam perut yang berpunca dari usus yang terkulut. Aku sekal lagi terpaksa memohon cuti seminggu untuk menenami si Ade menjalani pembedahan di SMC Likas. Dan, di sinilah kemuncak untuk semuanya....
Seminggu selepas pembedahan Ade, aku pun bertugas semula ke sekolah, seperti biasa. Aku mendapati bahawa tak ada seorang pun antara rakan-rakanku menegur aku, jauh sekali bertanya khabar perihal anakku. Tapi itu tidaklah begitu mengesankan hatiku. Aku hanya agak terkilan bila Kak Ziela ternyata sudah menjadi sebahagian dari orang-orang itu. Dan ya....aku rasa dia berhak merasa sakit hati. Sampai bila aku mahu dia terus mengerti aku? Sejak itu aku mula memencilkan diri....atau dipencilkan?
Suatu hari, atas desakan tekanan yang melampau, aku menghantar mesej pendek pada Kak Ziela untuk bertanyakan persoalan itu. Pada mulanya Kak Ziela enggan meneruskan perbicaraan itu dan mengatakan bahawa aku sudah tersalah sangka. Menurutnya, mereka semua sibuk dengan persiapan UPSR hingga tak tertoleh lagi soal lain. Namun, setelah sebuah penafian yang panjang, akhirnya kak Ziela mengaku bahawa dia memang sudah bosan meladeni aku yang tak pernah selesai dengan masalah. Menurutnya, dia malu bersahabat dengan guru yang bermasalah seperti aku. Dia juga mengakui beberapa perkara yang tak pernah terduga olehku; bahawa memang dialah punca kau disingkirkan selama ini....
Namun, sebuah ayatnya sangat mengesankan dan tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Kata-kata inilah yang telah mematikan seluruh perasaanku padanya. Cukup sebaris ayat itu untuk membuatkan aku menjadi malu pada diriku, malu menjadi aku dan telah meletakkan pada tahap serendah-rendah manusia di matanya...
"Aku tahu kau baik Zue...aku tahu kau tak sengaja. Tapi aku bukan malaikat. Dan kau tidak berhak memaksa aku untuk menjadi semulia malaikat. Ada syaitan dalam hatiku. Dan syaitan itu berjaya membuat aku percaya bahawa kau memanglah seorang sahabat yang menyusahkan dan membuatkan aku susah selama ini. Kerana kaulah aku selalu menjadi mangsa dorang untuk melepas geram dengan sikap kau yang selalu ambil cuti. Aku tidak mahu mereka membenci aku seperti mana mereka membencimu. Aku pilih dorang,Zue. Bukan kau. Kau pandai-pandailah mau hidup...."
Aku masih ingat betapa teruknya aku menangis waktu tu. Sampai bengkak-bengkak mataku. Aku tak pernah rasa putus cinta. Agaknya, beginilah rasa putus cinta sampai kita patah hati,kan?
Lalu abah pun mula masuk campur lagi....mengingatkan aku bahawa dia sudah berkali-kali cuba memahamkan aku apa yang cuba disampaikannya selama ini....
"Itulah maksud abah, baik-baik bekawan. Jangan telampau baik, jangan juga telampau dibaik. Jangan sampai telampau terhutang budi karang terhutang harga diri,"
Itukah harga yang terpaksa kubayar atas sebuah nasihat yang kuabai?
Sejak detik itu, kami pun mula masing-masing. Tiada lagi hubungan kasih antara kami. Dia juga sudah terang-terangan menayang-nayang denganku sahabat barunya. Tak apalah....mungkin sampai situ saja usia persahabatan kami selama 10 tahun itu. Aku redha. Memang salahku punya anak-anak yang penyakitan semuanya. Memang salahku kerana beranak saja. Haha....
Tahun lepas, entah apa mimpinya, dia menghubungi aku. Dia mengajak aku berjumpa. Menurutnya, ada sesuatu yang ingin dikatakannya pada aku. Tentu saja aku menolak. Aku tak mahu ada post mortem lagi. Tak perlulah ada apa-apa penjelasan atau penyesalan. Dia sudah menguras habis air mataku. Dia tidak berhak untuk kembali dalam kehidupanku lagi. Tapi, sekali lagi, atas nasihat abah, akhirnya aku berjumpa juga dengannya.
Dalam pertemuan itu, dia meminta maaf dariku. Dia memberi penjelasan bahawa dia telah dihasut oleh seseorang untuk membenci aku hingga akhirnya dia terturut dengan hasutan itu. Begitu panjang penjelasannya tak ada satupun yang kutanggapi. Mati. Itulah hatiku kala itu, bahkan sampai kini pun. Aku sedar dia berhak marah meski kebanyakan salah yang kubuat adalah bukan kemahuanku sendiri. Tapi walauapapun, aku tidak berhak diperlakukan seperti itu. Aku bukan sampah.
Dari detik itu juga aku berjanji bahawa aku tidak akan ada sahabat lagi.
Tapi tahun lepas aku terperangkap lagi.
Ah....bodohlah orang yang mesti terhantuk pada palang yang sama dua kali. Orang itu adalah aku. Demikian ghairahnya aku menikmati dunia persahabatan sampai aku mula lupa pada batas yang sudah aku siapkan sebelumnya.
Ia adalah sebuah persahabatan yang riang, ceria dan paling lucu antara aku, Nia dan Zara. Kami digelar Charlies Angels. Namun lama kelamaan, aku mula memergoki ada sesuatu yang kurang menyelesakan tentang Zara. Dia adalah pendengar sejati. Memang seronok berbual dengannya apalagi yang bersangkutan dengan hal-hal peribadi. Dia adalah pendengar yang aktif dan selalu membantu aku dalam bentuk nasihat yang mampu kuikuti. Tapi ya....kemudiannya aku mendapati bahawa setiap seorang di sekolah itu tahu setiap cerita yang kukongsi bersama Zara. No, bukan Zara jenis penyampai cerita dalam versi mengumpat. Dia hanya jenis manusia yang suka berkongsi apa-apa kisah dengan orang lain termasuk hal peribadi kawannya sendiri. Malangnya, cerita yang dikongsikannya itu membuahkan persepsi yang berbeza pada orang yang mendengarnya. Penaakulan manusia bukan sama. Manipulasi lagi memang bermahajarela. Aku tahu Zara tak bermaksud untuk membeberkan kisahku pada orang lain. Dia hanya ingin berkingsi cerita dengan harapan orang itu hanya menjadi pendengar dan bukannya memanipulasikan ceritanya dalam versi yang lain.
Tapi yah....begitulah kejadiannya hingga aku jadi marah sekali padanya. Kukatakan padanya bahawa dia tidak tahu cerita apa yang patut dikongsi dan apa yang patut disimpan. Dia menafikan sekerasnya bahawa dia bermaksud untuk menjatuhkan aku. Malangnya, itulah yang terjadi akibat perlakuannya. Dan tentu saja, akibat perlakuanku yang terlalu membuka diri untuk seseorang yang bergelar sahabat.
Abah juga punya nasihat untuk hal ini;
"Itulah abah cakap dari dulu. Jangan telampau bekongsi cerita sama kawan. Setiap cerita yang kau cerita, bukan cerita kau lagi. Ia sudah jadi milik orang lain. Terserah oranglah dia mahu buat apa sama ceritamu. Mau dibaikkan atau diburukkan. Mengongsi cerita sama orang bermakna kita harus bersedia untuk menerima resiko untuk dihebohkan,"
Nah....benar-benarlah pengalaman hidup abah telah berulang pada aku. Barangkali Tuhan sengaja membiarkan aku mengalami sendiri peristiwa pahit untuk membuatkan aku faham pada segala nasihat abah. Namun, penyesalan selalunya terlewat.
Paling menyakitkan aku waktu itu adalah sikap Nia. Dia berusaha menjadi pendamai antara kami namun apa yang dilakukannya hanyalah sebuah tindakan yang berat sebelah. Lebih malang lagi Nia memamer-mamer cerita itu laman FB dengan bahasa yang menunjukkan betapa jahatnya aku menuduh Zara yang bukan-bukan. Status Zara telah menimbulkan banyak respon di kalangan kawan-kawan. Akhirnya, aku mula jadi bahan umpatan di FB. Lalu dengan nekadnya aku menutup akaun FBku supaya aku tak melihat atau membaca apa-apa lagi. Lama baru kuhidupkan kembali itu setelah mendelete beratus nama yang punya kaitan dengan dorang. Kini, friendlist aku hanya tinggal 35 orang berbanding 478 orang sebelumnya.
Kini, aku tak punya sahabat lagi. Aku tak ada dunia wanita lagi yang penuh ceria dan gosipria lagi. Tapi aku tak peduli lagi. Biarlah...lebih selesa begini....
Kenapa aku huraikan semua ini hingga pening-pening kepala otak korang nak membacanya?
Mungkin kerana aku takut sahabat onlineku si Melati Atie bakal menerima kepedihan sama seperti yang aku alami. Mungkin, inilah perasaan abah selama ini ketika dia cuba menyelamatkan aku dari kemelut ini. Mungkin, abah sudah tahu benar betapa pedihnya perasaan itu hingga dia tidak mahu aku merasakan yang sama. Mungkin, itulah perasaan aku pada Melati.
Tapi, aku tak berhak memaksa dia melihat dunia dari kacamataku. Kelak, dia akan membenci aku seperti mana aku yang pernah membenci abah kerana selalu masuk campur dalam urusan peribadiku. Dia berhak dapat apa yang telah ditakdirkan untuknya. Sebagai kawan, aku hanya berhak mengingatkan....
Oya, ada satu lagi pesan abah....
"Sahabat yang baik adalah yang selalu berkata benar bukannya yang membenarkan kata-katamu. Sahabat yang baik akan selalu memberi sokongan. Tapi ingatlah, sokong itu kadang-kadang membawa rebah. Sahabat yang baik bisa saja menjulang kita setinggi langit, namun kemudiannya membiarkan kita jatuh terhempas. Sahabat yang baik, bukannya kerana selalu berjumpa, ajak minum atau pergi shopping sama-sama. Bukan juga yang sentiasa tolong kau waktu susah sebab tangilung pun tulung kau juga waktu kau susah. Sahabat itu....macam...."
Sampai sekarang aku masih menuntut sambungan kata-kata abah. Aku yakin abah juga sukar menjelaskan sahabat itu seperti apa.
Seperti apapun sahabat itu istilah, hanya ingatlah cerita-ceritaku dan pesan-pesanku. Jangan dibuang nanti kau lupa. Jangan ditelan nanti kau sesat. Simpanlah dulu di satu sudut hatimu....
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
August
(48)
- Girlfriends
- Kriteria pilihan
- Suami seorang rakan
- Cucu Abol Hassan
- Key-in SAPS
- Anak-anak dah besar
- Malam terakhir sebuah harapan
- Jangan tunjuk kepala sendiri
- Syawal dulu dan kini
- Syawal kami
- 29 Ramadhan...persiapan akhir
- Aku punya kehidupan?
- Rezeki raya tahun ni
- Sebuah pentengkaran
- Kaunter pembayaran zakat
- Topeng haiwan
- Persiapan menjelang pemantuan PPDa peringkat negeri
- Insiden si Abe
- Sebuah pengorbanan sang ayah
- Sungkai with kidz
- Shopping-Shopping weh!
- Persahabatan selebar daun kelor
- Majlis Nuzul Quran
- Biskut raya edisi Luna Biru
- Main bunga api
- SONY NEX 3
- DELL inspiron
- Update terkini aku
- Kenduri arwah nendaku...
- Kateringku
- Jelaga
- Kuih oh kuih
- Sehelai mukasurat yang hilang
- Menu sungkai hari ke9 Ramadhan
- Menu sungkai hari ke8 Ramadhan
- Cuaca panas gila di Sabah
- Jelapang Kasih
- Menu sungkai hari ke7 Ramadhan
- Rezeki anak-anak
- Egoku
- Sebuah kisah di 4 Ogos...
- Menu sungkai hari ke4 Ramadhan
- Nikmat melukaimu
- Variasi tart versi Luna Biru
- Resipi Cheese Cake versi Luna Biru
- Menu sungkai hari ke3 Ramadhan
- Ramadhan dan kisah kita I
- Menu sungkai hari ke2 Ramadhan
-
▼
August
(48)
0 comments:
Post a Comment