Jumaat, 25 August, 2011, sekolah kami mengadakan majlis Nuzul Quran peringkat sekolah. Tentatif program adalah untuk memberikan ceramah kepada pelajar mengenai sejarah turunnya Al-Quran pada 17 Ramadhan. Terus-terang, seronok sungguh ceramah ustaz jemputan kali. Memang ceria dan menghiburkan. Beliau dapat menyampaikan kandungan ceramah tersebut dalam bentuk yang mudah difahami murid. Atau...keseronokan itu sebab hari ni hari terakhir sekolah sempena cuti raya?
Hehe...aku pun tak tahu....Yang pastinya, sesi bermaaf-maafan telah diadakan pada akhir majlis. Alhamdulillah....aku dapat tunaikan hajatku untuk bagi sedikit ole-ole untuk murid-muridku dari rumah kebajikan. Bila tengok budak2 kebajikan ni, timbul rasa keharuan dalam hati aku. Alangkah bersyukurnya aku dilahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sempurna. Dan aku juga sangat bersyukur kerana akhirnya aku dapat menyambung keharmonian itu untuk keluarga yang baru kubina selama 14 tahun ini pula. Apalah daya kanak-kanak ini hingga tersungkur dalam dunia yang tidak difahami mereka....Semoga mereka tabah menghadapi sebuah raya yang tak pernah mereka sambut bersama keluarga....
Kepada sahabatku, inilah anak-anak itu....tak comel, tak manis, tak lawa langsung pun. Tapi mereka memerlukan seseorang yang berhati jauh lebih mulia dari manusia yang telah membuang mereka....
|
3 orang ustazah; bertudung pink, Kak Lina, diikuti kak Masnih dan si single Fidah |
|
Sedang tunggu giliran nasyid |
|
Generasiku bersinar bagai mentari |
|
Persembahan nasyid yang memukau |
|
Sesi ceramah |
|
Aku bersama Qila dan Syira |
|
Ni murid aku paling cengeng |
|
Kanak-kanak kebajikan....punya kisah tersendiri....punya luka yang tak terubati....punya jiwa yang telah dihancuri.... |
0 comments:
Post a Comment