Thursday, August 11, 2011 | By: Luna Biru

Jelaga

(Cerpen)

Aku masih ingat saat kau menjenguk aku di ruang mimpi dan ilusi yang mengganggu lenaku saban malam. Aku tidak ingat bila ianya bermula hinggalah mimpi itu mulai mendera nurani wanitaku. Aku tidak pernah sekalipun bermunajat untuk mengingatimu. Hanya saja hadirmu mengundang nestapa dalam kalbuku, memaksa aku meraih kembali memori yang telah kita cicirkan tanpa sebuah alasan yang benar-benar dimengerti.


Wajahmu sering muncul di balik bantal dan dinding-dinding batu yang sudah kelabu abu warnanya. Aku gagal mengingati tiap bentuk yang terlukis di wajahmu itu namun aku tahu itu memang kau. Setiap malam adalah janji untuk kita bertemu sampai aku takut untuk menutup mata. Kau sentiada ada dengan rentak dan warna yang sama. Aneh benar rasanya bila kau menjengah aku dengan cara sedaif itu. Bukankah kita sudah meredhakan pertemuan akhir kita di dada tangga depan rumahku? Kau mengatakan bahawa kau sudah punya calon lain dan adalah lebih untuk kita tidak bertemu lagi. Keputusanmu kala itu kuterima dengan kerut kening yang panjang namun kusyukuri kerana aku tahu memang itulah yang terbaik untuk kita.

Lalu kini setelah sedekad kita melalui dunia yang berbeza, kau muncul dalam lawatan yang tak pernah diundang. Bosan aku mengusirmu pergi. Namun akhirnya, hadirmu itu buat aku merasa dipanggil untuk mengerti bahawa kau sememangnya sedang mencari aku. Sungguh aku terseksa dengan hubungan telephati antara kau dan aku yang tak pernah kujangka ini. Akhirnya, aku mula menjadi pemburu kewujudanmu. Meski tak pernah kutemui cara memulakan pencarian tentangmu atau menemui lokasi pertama kemungkinan keberadaanmu.

Syukurlah teknologi dunia siber akhirnya menamatkan perlumbaan mencarimu. Kau akhirnya kutemui di dada facebook yang membuat aku terlonjak untuk melamarmu menjadi sahabatku...

bersambung...

0 comments:

Post a Comment