Wednesday, August 31, 2011 | By: Luna Biru

Suami seorang rakan

Beberapa hari lepas aku ada terjumpa dengan suami seorang rakan.

Berbanding dengan rakanku ni, aku sebenarnya jauh lebih awal mengenali suaminya, sebelum akhirnya aku berkawan baik dengannya. Taklah rapat mana, cuma selama ni, kalau aku jumpa dengan suami dia ni, memang kami akan bertegur sapa dan bertanya khabar. Paling tidak pun, sekadar tukar senyum atau gurau-gurau comel yang tidak membahayakan.

Tapi alangkah terkejutnya aku bila hari tu si suami rakan aku ni langsung tak menegur aku. Mau dikatakan dia tak nampak aku, nonsens juga sebab kami hampir terlanggar di bahu jalan pejalan kaki. Aku pun, oleh kerana sudah terbiasa dengan dia selama ni, punyalah baek punya sapa. Tau-tau, nda pulak aku kena layan.

Cesss!!! Memalukan aku betollll!

Sakitnya hatiku kena buat begitu. Boleh-boleh lagi dia pandang tempat lain macam nda kenal aku.

Pehal ah?

Upss....jangan silap eh. Bukan bermakna aku ni gete mau kena tegur oleh laki orang. Yelah...kan sudah lama kenal dan biasa bertegur sapa. Jadi, bila jadi macam ni, hati jadi tertanya-tanya. Aku ada buat silapkah?

Haha....betul. Memang ada. Patutlah dia buat-buat tak layan aku.

Camanalah aku boleh lupa yang aku sebenarnya sudah melalui satu fasa pertengkaran dengan isterinya beberapa bulan lepas. Mesti isterinya yang ala-ala comel dan manja tu sudah reka cerita yang baek punya sampai si suami boleh tutup mata sebelah dan percaya bulat-bulat sama bininya,kan? Well, takkanlah dia nak percaya pada aku pulakkan? Namanya pun isteri. Of courselah dia lagi percaya bini dia. Bak kata biras aku, "Siapa nda sayang bini,kan?" Walhal hakikatnya, isterinyalah yang paling suka bikin onar yang membuat rumahtangga kami sampai berkucar-kaciran sikit masa dulu. Sampai mau bercerai-berai oooo! Aku hanya balas balik apa yang isterinya tu lakukan tanpa menjejaskan keharmonian rumahtangga dorang seperti yang isterinya telah lakukan pada rumahtangga kami. Ala...balas sikit ja ba....tapi wow! Tau-taulah kalau orang cool macam aku ni membalas....

Haih...beginilah hasilnya kalau aku sudah mula menyerang balas. Kompom aku akan jadi bahan ledakan kemarahan sedangkan si pelaku salah pula bebas berleluasa di muka bumi ini hasil sebuah lakonan bersulam airmata dusta.

Abang cakap, baguslah juga si suami tu buat macam tu dengan aku. Sekurang-kurangnya, kini kita sudah tahu perangai sebenarnya iaitu mudah percaya pada hasutan orang lain. Eh, mana ada orang lain. Itukan bini dia? Bidasku. Tapi, kata abang lagi, abang pun selalu juga dengar sayang luahkan rasa tidak puas hati sama orang lain, tapi abang tak buat apa-apa pun sama dorang. Abang rilek ja. Sebab bagi abang itu adalah masalah antara kamu dan abang tak berhak mahu masuk campur.

Oh, jadi kiranya, aku kena bersyukurlah dengan kejadian ni ya?

Sebenarnya aku pun bukannya kisah sangat dengan benda ni. Cuma, aku tertanya-tanya, berapa ramai sebenarnya penduduk di bumi Papar ini yang sudah terpercaya dengan lakonan airmata dan ala-ala innocent si isteri a.k.a rakanku itu? Dia ni memang punya kelebihan sebagai drama queen. Memang agak besar pertengkaran kami hari tu. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan bertengkar sebegitu rupa dengan rakanku sendiri. Lebih-lebih lagi rakan kerja. Waktu itu aku cuma merasa bahawa aku perlu mempertahankan diri aku sebab aku tak mahu kesilapan aku yang lebih banyak berdiam aku ulang lagi. Trauma lepas pun belum habis lagi, tak mau aku menambah ulang trauma yang sama.

Oh, tolonglah jangan ingatkan aku untuk cakap pasal dia lagi. Dia sudah kusingkir mati dari hidup aku.

Titik.

Sudah kubuang dia ke laut bersama botol-botol kaca. Biar saja dia jadi tukun tiruan nun di laut sana....

0 comments:

Post a Comment