Petang tu aku dengan bongoknya membeli mercun dan bunga api berharga RM80 untuk anak-anak aku. Gila weh...bakar duit. Kalau aku beli tudung lagi best. Tapi, apalah bestnya raya kalau tak ada mercun dan bunga api,kan? Ni kes illegal lah ni...kalau kedapatan, huuu...naya aku...
Memang seronok tengok bebudak ni bermain di malam 7 likur yang gemilang. Teringat kecik-kecik dulu siap carik bambu untuk buat meriam buluh. Boleh-boleh lagi letak kabait supaya bunyi melatup-melatup satu kampung. Sekarang, meskipun bambu sudah susah dicari di kampung ni, aku tak mahu anak-anak aku curi-curi beli mercun yang dijual di kedai dekat kampung aku dan main di masjid. Sebab tu lah aku sanggup 'bakar duit' untuk dorang. Mercun dan bunga api itu tradisi raya. Apalah malang budak-budak yang cedera pasal main mercun tu sampai akhirnya polis haramkan main mercun. Kalau tiada kecederaan, maybe benda ni taklah diharamkan sampai sekarang. Yang aku hairan tu, budak-budak cina yang main mercun tak pernah pula cedera dan putus jari. Bila time CNY, tak ada berita budak mati kena bedil. Tapi bila raya, ada saja yang terkena nahas. Kenapa ya?
|
Abe sedang cuba buat pusingan akrobatik |
|
Mizan yang teruja dengan bunga api |
|
Ini gerakan paling ganas |
|
Isn't it beutiful...? |
|
Acik yang sedang ajar Ade tentang etika bermain bunga api |
0 comments:
Post a Comment