Malam 23 Ramadhan tahun 1993, adalah malam paling bermakna dalam hidup aku. Itulah kali pertama dalam hidup aku menghadapi sebuah kematian nyata di depan mata yang berkait dengan orang yang paling rapat dalam hidup aku. Pada malam itulah arwah nenek yang kupanggil mama meninggal dunia akibat sakit tua.
Aku masih ingat selama hidupnya, dia banyak mengajar aku tentang erti hidup melalui falsafah dan cerita-cerita kunonya yang membosan aku. Arwah mama punya banyak teori dan firasat tentang segala suatu hal. Semua perlakuannya dan setiap penaakulannya adalah penuh seni. Aku selalu berselisih pendapat dengan arwah mama dan aku rasa akulah antara berpuluh cucunya yang paling selalu kena marah. Pantang saja tengok muka aku yang kiut ni kompom berderau marahnya. Ada-ada saja yang tak kena sampai aku pun naik cuak dengan dia.
Tapi sejak dia meninggal lebih kurang 18 tahun dulu, sedikti demi sedikit otakku mula mencerna setiap apa yang diajarinya dan apa yang cuba disampaikannya padaku selama ini. Lalu akhirnya aku semakin mengerti bahawa arwah mama sebenarnya sedang cuba mendidik aku mengikut acuan yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia di dunia ini. Aku mula memahami sedikit demi sedikit mesejnya dan cuba mempraktikkan segala teorinya yang pernah membosankan aku dulu. Dan ternyata...dia benar.
Lalu aku pun menyedari kenapa dia sentiasa marahkan aku dulu.
Malam ini (23 ramadhan 2011), kami mengadakan kenduri arwah untuknya untuk ke 18 kali...Semoga arwah mama tenang dalam rehatnya, kerana cucunya yang jajal dulu ni sudah mula membentuk acuan itu dalam diri anak-anaknya pula...
Alfatihah untuk mama...
|
Sikit saja tetamu yang dijemput abah petang tu, semuanya saudara terdekat saja |
|
Abah aku |
|
Sungkai wooo.... |
|
Ade pun pose gak.... |
|
Antara menu yang sempat digambar. Yang lain....terlambat deh.... |
|
Ni agar-agar favret arwah mama |
0 comments:
Post a Comment