Wednesday, August 31, 2011 | By: Luna Biru

Kriteria pilihan

Pagi tadi seorang sepupu aku berkunjung ke rumah sempena gempak raya. Sudah lama tak jumpa sepupu aku sorang ni. Biarlah aku gelar dia sebagai abang Min.

Abang Min ni sudah agak lanjut usianya, hampir cecah 40, tapi masih belum kahwin lagi. Belum ada rezeki katanya. Setiap kali jumpa, dia pasti suruh aku carikan jodoh untuk dia. Aku tak pernah tanggapi dengan serius permintaannya tu. Cuma, bila tahun ni dia appeal kan balik perkara yang sama, akhirnya aku terdorong juga untuk buat interview lanjut.

Tapi, belum pun sempat aku mau tanya soalan, dia sudah menumpukkan senarai panduan kriteria yang boleh aku gunakan dalam membuat pilihan untuk dijadikan calon isterinya kelak. Dia tak mahu yang 'jelek'lah, tak mahu yang pendek, pendek kata, dia mahu semuanya sempurna. Kalau boleh, dia mahu betul macam Lisa Surihani yang bertubuh langsing dan berwajah manis tu. Kalau tak dapat macam Lisa pun, tak apa katanya, yang penting orangnya mestilah lawa, berkulit putih dan berpunggung cantik.

Lama juga dahiku berkerut memandang sepupuku yang kuanggap sudah biul ni. Patutlah selama ni kalau bercinta asyik putus saja, Patutlah juga kalau mengorat tak pernah dapat. Rupanya seleranya ni tinggi betolll! Persoalannya, terus-teranglah aku cakap, cousin aku ni bolehlah dikategorikan sebagai jejaka yang kurang dari segi kehensomannya. Muka biasa-biasa saja. Tiada apa pun yang menarik. Lebih-lebih lagi memang tiada karektor langsung yang boleh buat seorang perempuan terpikat dengan dia. Jalan pun dengan bahu jatuh ke bawah, macam orang lemah semangat saja. Well, some women bukan tengok hensom tapi keyakinan diri. Dan cousin aku ni, memang nampak macam tiada keyakinan diri langsung.

Ya, tidak salah kalau kita mahu mendapat yang terbaik. Tapi ukurlah baju di badan sendiri. Soalnya, perempuan cantek macam Lisa tu mahu ke tidak dengan dia. Aku yakin, perempuan yang dia mahu tu pun sudah menetapkan kriterianya sendiri untuk dijadikan calon suaminya. For sure cousin aku ni out of the subject. Kalau kita rujuk kembali hadis Rasullah, yang memberikan kita panduan untuk memilih jodoh, kita juga akan dapati bahawa panduan tersebut adalah hanya sebagai pemudahcara. Ia bukanlah satu panduan yang ditukul mati hingga semua Muslim wajib menggunakan krieteri itu dalam memilih jodoh. Soalnya, kalau panduan itu adalah satu kewajiban, maka tidak akan wujudlah istilah kahwin campur antara muslim dan agama lain,kan? Maka, apa pula hak kita untuk menukul mati kriteria fizikal yang kita cipta sendiri hingga tanpa sedar kita sebenarnya sudah banyak menolak jodoh yang telah Allah tetapkan.

Akhirnya, mahu tak mahu, terpaksalah aku kaunseling otak abang sepupu aku ni. Aku katakan padanya bahawa sebagai manusia dia tidak seharusnya mencari perempuan, tapi mencari cinta. Dia juga tidak seharusnya menetapkan kriteria dalam bentuk fizikal kerana itu hanya akan melimitkan pencariannya. Penetapan kriteria dari segi bentuk fizikal membuatkan kita menutup ruang untuk orang lain, sekaligus membataskan pencarian kita pada cinta. Kalau benar kita mencari cinta, cuba buang jauh-jauh kriteria yang telah kita tetapkan itu. Beri ruang untuk diri sendiri dan semua orang untuk belajar mencintai kita. Percaya pada hati dan firasat. Cuba lihat dunia dari sudut berbeza dan cuba lihat perempuan jauh ke dalam hatinya bukan sekadar pandangan majazi yang menipu. Paling penting, cuba buang jauh-jauh pengalaman cinta pertama yang mempengaruhi citarasa kita hari ini. Kebanyakan individu terlalu terpengaruh dengan kriteria pasangan mereka yang terdahulu hingga menjadikan mereka ingin mencari seseorang yang hampir menyerupai kekasih lama mereka. Ia adalah satu halangan yang nyata. Dan halangan itu sebenarnya kita cipta sendiri. Jangan tanya Tuhan kenapa DIA belum memberikan kita jodoh, kerana hakikatnya, kita sendirilah yang menjadikan hal yang semudah itu menjadi sangat rumit.

Aku percaya bahawa tidak ada manusia yang akan dibiarkan sepi sendiri. Setiap perempuan dicipta dari tulung rusuk seorang lelaki. Pasti ada mana-mana wanita di dunia ni yang telah terambil tulang rusuk cousin aku ni. Mungkin peremupuan tu tak lawa, atau mungkin juga cuma sebelah rumah dia. Memanglah cousin aku ni tak nampak sebab  matanya sudah buta dengan skema holistik yang telah dia tetapkan selama ini.

Cuba malam ini, kataku padanya, kalau benar kau mencari cinta, minta pada Tuhan sebelum tidur agar kau temukan cintamu saat fajar menjelang. Percaya pada instinkmu dan suatu saat kau akan menemukan cintamu pada diri seorang manusia yang telah diciptakan untukmu. Caranya mudah saja. Percaya pada hatimu. Ada sesuatu yang dipanggil bisik hati telah sedia dicipta pada diri setiap manusia. Hati itu akan automatik berbisik, inilah jodohku. Dan, bila benar hati itu telah bersuara, percayalah, bahawa memang itulah jodohmu.

Korang percaya tak?

Oya, lepas cousin aku tu pulang, dia ada sms aku. Katanya, dia 'macam' rasa yang aku betul. Selama ni memang dia agak trauma ditinggalkan kekasih lamanya hinggakan dia mencari seseorang yang seakan-akan ex-girl dia. Dia juga telah menetapkan kriteria yang rupa-rupanya telah memerangkap dirinya sendiri. Katanya lagi, kalau betul teori aku betul, dia nazar mahu kasi makan budak-budak kebajikan tempat murid-murid aku tinggal tu.

Paling penting, dia ucapkan terima kasih pada aku.

Syukurlah dia menghargai nasihat aku. Aku ni, paling malas mau nasihatkan orang, takut orang kecik hati. Biasanya macam tu lah....

Apapun, kita tunggu perkembangan cousin aku ni ya!

2 comments:

Atie said...

membaca nasihat yg ko bg sm kazenmu itu, aku pun termotivasi. malam ne aku mau minta sm Allah, agar dia memberiku jodoh. mudahan saat fajar menyinsing aku bisa menemukan jodohku. semalam aku ada bt bercakap pada hatiku yg menyangkut paut sama si mamat itu. dan yg membangunkan aku dr tidurku, adalah sms dia hasil komen pd statusku di fb...hehehe!!! .

aku plg suka ini....

" Percaya pada instinkmu dan suatu saat kau akan menemukan cintamu pada diri seorang manusia yang telah diciptakan untukmu. Caranya mudah saja. Percaya pada hatimu. Ada sesuatu yang dipanggil bisik hati telah sedia dicipta pada diri setiap manusia. Hati itu akan automatik berbisik, inilah jodohku. Dan, bila benar hati itu telah bersuara, percayalah, bahawa memang itulah jodohmu".

td dear...nasihat utk kazenmu ini...terlekat kemas dlm hatiku.....

mcm ada motivasi...tp kau tau...aku mcm yakin bhw jodohku telah mendekat...doakan aku ya...kalau pun x dgn si mamat(jom gelar dia si akang), mgkn dgn org lain...yg pasti..aku mmg ska btl2 sm si Akang...hahaha

Luna Biru said...

Insya Allah...

Post a Comment