Tuesday, November 29, 2011 | By: Luna Biru

Trip to KL : The Mines....lagi!


Happy family, The Alim's
Kami ada lebih kurang 6 jam sebelum berangkat pulang ke KK pada jam 7 petang ni. Mahu ke mana dalam masa yang sesingkat ini? Akhirnya, aku turutkan kehendak Farah yang kepingin mau naik water boat taxi di The Mines. Dia 'termissed' trip yang lepas dan cuma sempat tengok dalam blog ni saja. Jadi pasal tak mahu kalah ngan Anis, maka aku pun bawalah juga dia ke sini.



Kami habiskan seluruh masa tu di The Mines dan beli barang sikit untuk dibawa balik. Satu peristiwa yang menyedihkan ialah bila Anis terhilangkan pouch kamera waktu dalam tandas awam. Manalah ada harapan mau cari balik. Nasib baiklah kamera tergantung di leher aku.

Adik aku si Alim ada tanya juga, kenapa trip kali ni sekejap sangat berbanding trip-trip yang lepas. Aku bukan apa, saja mau save bajet pasal lepas ni kami mau buat trip round Sabah pula. Tak adil rasanya kalau asyik kami dua beranak ni saja yang enjoy-enjoy sedangkan ada 5 budak lain di rumah yang tengah jeles-jeles sama Anis. Lagipun, hari ni birthday Arin. So rasanya aku mau balik awal dan raikan birthday dengan dia.

K. Ini ada sikit gambar untuk tatapan Farah and the family. Jangan lupa download and save k...At least, inilah kenangan terbaik kita sepanjang perjuangan kita di openoffice ni. Tahun depan, confirm berentap lagi. Mudah-mudahan nasib masih sebaik kali ini. Apapun, ingatlah anak-anak didikku, kitalah pelopor pertama yang memecahkan tradisi openoffice di Sabah!

Farah yang happy sangat-sangat
Fikir-fikir macam nda mau ikut tapi...
Ini yang kami mau naik sebenarnya tapi dari hari tu tak kesampaian hajat. Kali ni, bos tour ni meninggal pula semalam. 
....akhirnya ikut juga...
Farah tried bawa boat yang akhirnya menakutkan penumpang boat yang lain.
Ni angsa imported from China. Pandai cakap cina juga ni kali.
Aku pun temberang-temberang juga mau memandu. 
Ok, aku tipu. Ni saja ja ambil gambar sebab memang tengah berenti untuk kasi makan angsa pun. 
Farah beli makanan ikan sampai dua bungkus
Ada sesiapa mau buatkan rumah macam ni untuk aku tak? Dengarnya ni rumah owner The Mines.
Yang ni pula rumah bekas menteri pelancongan, rasanya. Kalau infomer aku tak salah kasitau.
Ni angsa pula dari Australia. Dia tak bekawan dengan angsa dari China tadi sebab masalah bahasa. Dia sorang-sorang saja tinggal di tempat ni. 

The journey end
Kami pun berangkat balik ke KLIA pada jam 4 petang untuk elakkan jammed. Waktu sampai di KLIA, kami masih tersisa dua jam menunggu masa boarding. Gambar di bawah ni adalah gambar terakhir yang aku ambil di KL sekaligus penutupan pada journey kami sepanjang dua bulan ni. Kami mungkin tidak berjaya membawa balik gelaran Johan Kebangsaan, tapi hakikatnya, kamilah The Fear Factor Champion! 

Makan malam di McDogol
Ok. That is it. Kami sampai ke bumi KK dalam jam 9.30 malam. Apapun, aku tahu, perjalanan ini adalah suatu moment yang berharga buat anak didikku dalam meniti kehidupan mereka menjadi remaja. Aku berharap agar mereka dapat menyimpan kenangan ini sebaik mungkin dan menjadikannya sebagai panduan bila mereka dewasa kelak. To Farah, Anis dan Qayyim, teacher bangga sama kamu. Terima kasih kerana mengharumkan nama SK.Surati sekaligus membawa Sabah ke persada kebangsaan. Tahniah. Semoga lulus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Remember, orang yang berjaya itu ialah bila dia berjaya menguasai kemahiran mengadaptasi akademik dalam kehidupan sebenar. Love you always...

Terima kasih juga pada semua pihak yang telah memberi sokongan yang padu dalam perjalanan ini. 


0 comments:

Post a Comment