Saturday, November 5, 2011 | By: Luna Biru

Celebrating Aizat's Birthday

Petang tadi kami g celebrate birthday si Aiezat, anak buah aku yang paling cute, skema dan sangat beretika orangnya di First Beach, Tanjung Aru,KK.

Hajat hati mau jalan-jalan lagi ke Perdana Park lepas acara makan-makan dan mandi-manda di pantai. Tapi tetiba saja hujan lebat berserta angin ribut melanda dengan kuatnya. Sebenarnya bukan pun tiba-tiba sebab memang dari awal pagi lagi langit sudah mendung betul. Cuma tak sangka pula awan yang berat tu terus tumpahkan airnya secara drastik tanpa bagi klu hujan renyai-renyai dulu. Waktu balik lagi kantoi habis bila jalan raya jammed gila dengan langit yang sudah gelap gulita walaupun baru pukul 5p.m. Lebih sejam baru sampai rumah. Waktu tengok bumbung rumah barulah sedar makna rumahku syurgaku. Lega betul...

Maybe celebration Aizat tak seperti impiannya. Aku pun memang tiada mood mau beraksi meriah bila memikirkan esok hari raya haji. Oh, malam ni pasti kalut isi rumah dengan aksi kelam-kabut umi yang bingung memikirkan persiapan raya besok. And, as usual, aku jugalah yang makan hati.

Selamat hari ulang tahun Aiezat...

Selamat hari raya Aidil Adha untuk semua...

Teka ni siapa? 

Baru sampai ni masih lagi mamai sebab tertidur dalam kereta
Nda sempat mau buat kek jadi aku beli ja di tamu tadi.
Well I love this pix. And of course that guy too


Abang yang sedih sebab dipaksa baca doa makan. Hehehe
Yeah putung itu kek Jat!
Pura-pura tiup lilin
Ni umi aku
Besarnya family aku ni kan
Oh aku benci orang amek gambo aku waktu makan
Ni scene mandi-manda. Aku tak sanggup mandi di Tanjung Aru nih. Well, sebenarnya tak suka mandi laut langsung!








Kelaparan lepas mandi

Tengok angin yang kuat bertiup tu!
Bilalah mau balik ni....
Waktu aku masukkan entry ni, aku tengah tunggu kek aku masak. Dan, aku dah janji bahawa inilah entry aku terakhir untuk malam ni sebab panggilan dapur sudah melambai-lambai. Ok, gotta go now.

....korban apa korang tahun ni?

0 comments:

Post a Comment