Saturday, November 26, 2011 | By: Luna Biru

Gempak Selebriti Astro di 1B

Tercapai juga hajat si Ade mau bergambar sama si Peace Yo
Akhirnya kami pun sepakat untuk tunaikan permintaan budak-budak ni untuk dibawa ke Gempak Selebriti Astro di 1B Hypermall,KK. Kami sampai awal untuk elakkan kesesakan. Tapi sampai awal ni pun tak best juga sebab keadaan masih lagi lengang dan tak berapa happening. Anak-anak aku ni pula tak brapa mau sporting samada untuk participate dalam mana-mana acara mahupun untuk bergambar dengan selebriti pojaan dorang. Habis tu, kalau semua sudah malu-malu, apasal paksa mama and abah ke sini,ya? 
Satu-satunya selebriti yang ada waktu kami di sana cuma Aril sorang saja. Aril ni kira macam emcee khas untuk semua tour GSAlah kali,ya? Tu pun yang tak berapa best sebab Aril bawak lawak bodo-bodo ala-ala lucah sket. Aku ok je...tapi tak berapa syoklah mau jawab bila budak-budak tanya,kan? Si Ade pula takut betul bila tengok karakter Upin Ipin kesayangannya muncul dalam jasad berbentuk giant. Sampai keras-keras badan dia peluk aku sebab terkejut dan takut. Sayang ahli korum kami tak cukup sorang. Mizan tak dapat ikut sebab awal pagi lagi kena bawa lari oleh cousin aku g tempat orang kawin. Waktu kami pulang tadi, Mizan sudah pun sampai di rumah. Sedih betul dia tengok gambar-gambar kami. Terpaksalah besok pergi lagi sebab mau pujuk dia yang sudah merajuk sakan tu. Tapi mungkin kami akan pergi lewat sikit besok untuk tengok showcase jam 3.30pm. So, pada yang belum berkesempatan pergi hari ni, masih ada lagi masa besok sampai jam 10pm. Tapi tak bestlah sebab tak banyak booth dan tiada langsung gerai jualan produk Astro. Tempat pun agak terhad dan sempit. Tak cukup bajet kali Astro ni.

Dari dulu Anis memang teruja tengok pokok krismas. Ni pun dia gembira sangat bila  dapat bergambar dengan pokok krismas yang besar ni. 


Inilah muka Ade yang kaget gila tengok Upin Ipin bersaiz giant.
Ni waktu Upin tengah lambai dan senyum pada Ade. Eh, dia ni memang sentiasa senyum. Kena sepak pun senyum juga nih. 
Aril memang pandai berkomunikasi dengan penonton walaupun lawak dia bodo-bodo sket. Tu emcee dari Sabah namanya Azlan. Suara best tapi sometime macam kurang idea sket. 
Ni pun impian dorang juga ni mau bergambar di booth masterchef yang sudah jadi rancangan kesukaan dorang tiap malam. Sekali tengok macam pengacara TV pulak.
Arin yang sentiasa kontrol macho macam abahnya. Dulu kecik-kecik bila ditanya pasal cita-cita, Arin selalu jawab mau jadi pemain bola sepak dan chef. Sekarang ni suruh goreng telur pun malas. Huhu...
Si Abe yang tak mahu ketinggalan bergambar di booth yang sama. Booth-booth lain dorang buat dek saja...
Acik sedang berusaha memenangkan dirinya dalam perlawanan soccer ball PS3. Menang  1-0 tapi tiada hadiahlah...
Ni permainan elektrik rod. Awal-awal lagi aku dah kantoi. Tangan begagar.
Ni memang kepakaran Arin. Dapatlah souvenir belon sebab berjaya jaringkan gol
Ni time break tengahari. Lapang saja tempat ni so kami pun lepak-lepak sajalah di sini...
Yang ni bukan di GSA ok. Ini di tapak pameran kraftangan Malaysia di lobi 1B Ground floor. 
Aku pun tak tau apa perkaitan duyung dan snowman. Hentam sajalah...
Kami bertolak balik sekitar jam 2pm. Singgah kejap di Teluk Likas untuk meneruskan acara santai-santai family. So kami pun beli layang-layang dan buat pertandingan kecil-kecilan. Hadiahnya mudah saja. Yang menang boleh ketawakan orang yang kalah. By the end, layang-layang si Ade yang paling tinggi naik. Tapi, pasal dia tak faham langsung dengan syarat pertandingan tadi, so si Abe dan Acik yang kalah kira terselamatlah dari jadi bahan ketawa.

Sebenarnya, dari dulu aku tak faham kenapa orang suka main layang-layang. Aku tak pernah rasa permainan ni menyeronokkan dan sometimes aku rasa benda ni cuma buang masa saja. Mungkin sebab aku tak pandai main atau sebab permainan ni memerlukan aktiviti dongakan kepala yang buat aku kurang selesa. Tapi betul, aku tak faham kenapa kita mesti tarik-tarik tali ke langit untuk terbangkan layang-layang dan lepas tu...apa? Keh...jangan marah ya peminat layang-layang. Tapi aku applykan prinsip permainan ni dalam kehidupan seharian aku, tau! Terutamanya dalam hal mendidik anak.






Sebelum balik, kami pun minum-minum dulu di gerai jualan di kaki lima. Alhamdulillah, dengan bajet kami yang agak terhad hari ni, tercapai juga hajat untuk bawa budak-budak ni bergembira sempena cuti sekolah ni. Hmmm...ada orang yang berlimpah ruah duit tapi tak ada anak untuk dibelanja. Ada orang berlimpah ruah anak tapi tiada bejet untuk dibelanja. Tuhan maha adil,kan? 


Si Acik yang merajuk sepanjang waktu. Ada-ada saja yang dikomplennya. Air bandung ni saja yang tak menjadi bahan komplennya hari ni. Terima kasih air bandung.
Ups...aku pun tak mahu ketinggalan! Saja je tak letak awal-awal tadi. Macam? Ada chance jadi Erry Malik,tak? Ngeh...
Oya, ada berita baik hari ni. Nampaknya, ketakutanku untuk berjourney sendirian hari Isnin nanti, tak sampai ke mana. Aku terima berita tadi pihak JPN tadi bahawa tiket untuk membawa budak-budak OOo aku semuanya sudah diluluskan. Alhamdulillah...Jadi, bertravel sakan lagilah kami macam kali pertama ke KL untuk pertandingan OOo hari tu. Kali ni lagi sandi weh...

Ok. Setakat ini dulu malam ni.

Terima kasih, Allah.

0 comments:

Post a Comment