|
Yang ni hanya untuk journey 3 jam saja ok |
28 Nov 2011, Isnin. Kami pun memulakan perjalanan ke KL untuk mencari jawapan pada sebuah perjuangan Pertandingan OpenOffice.org yang telah berlangsung pada 21 Oktober yang lalu. Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada JPN Sabah kerana telah membiayai perbelanjaan perjalanan ini sepenuhnya. Mulanya aku ingatkan tiada sponsor tiket lagi macam 10 November yang lepas tu. Tapi syukurlah, dapat juga tiket pada saat-saat akhir.
Kami memulakan journey kami pada jam 3.25 petang menaiki aircraft ke Kuching. Kenapa ke Kuching pula? Sebabnya, tiada direct flight ke KL so kena pergi Kuching dulu baru kemudian ke KL. Bukan transit tau! Tapi sememangnya tiket yang berbeza. Perjalanan kali ni kami naik aircraft yang sediakan AVOD macam gambar di atas tu. Puas picit sana picit sini untuk hidupkan TV tu. Rupa-rupanya ia hanya disediakan untuk perjalanan yang durasi masanya 3 jam saja. Ngeh...kesian tak tau.
Perjalanan kami agak mencabar juga hari tu akibat cuaca yang kurang baik sewaktu mahu membuat pendaratan di tanah Kuching. Dekat setengah jam juga kami berlegar-legar di ruang udara Kuching tepat-tepat atas sungai Rajang. Waktu tu, aku terbayang-bayang sang bedal melompat sambar kapal kami dari bawah macam cerita supershark tu. Akhirnya encik kapten buat keputusan untuk membuat pendaratan di Sibu. Aku punyalah cemas takut kalau terlepas flight ke KL yang sepatutnya kami ikut jam 8.00 malam tu. Tapi kemudiannya, kapten yang sememangnya sudah cekap tu buat betting untuk mendarat juga di Kuching. Oh...syukurlah...walaupun hujan lebat akhirnya kami selamat juga sampai menjejak kaki ke tanah bertuah Sarawak.
|
Sempat g bergambar di flight ke Kuching. Ni steward yang baik hati tolong gambarkan |
|
Cam biasa, mesti kami orang terakhir yang keluar kapal |
|
Sesi terkandas di airport Kuching |
|
Kalau lagi lama terkandas, entah apa-apa lagi yang dimakan Anis. |
|
Waktu ni ingatkan boleh boarding sudah. Tau-tau kena delay lagi....lagi? Oh no... |
Kami kemudiannya terkandas lebih 3 jam di airport Kuching sebab kapal yang kami nak naik ke KL belum sampai-sampai lagi. Delay lagi...aku tengok jam balik-balik dan berkira-kira jam berapalah nanti agaknya kami akan sampai ke KL. Akhirnya, kami berlepas juga pada jam 9.00 malam dan sampai sejam selepas itu. Rupanya dekat pula Kuching-KL,kan? Hehe...tak pernah lagi nih. Kami mendarat di bumi KLIA serentak dengan jemaah haji. Punyalah ramai orang! Rasanya macam artis pula bila disambut serentak dengan jemaah haji waktu keluar di balai ketibaan. Ceh...perasan.
|
Jemaah haji. Alhamdulillah.... |
Kami pun ambil teksi dan bergerak menuju ke penginapan kami di Serdang. Dekat jam 12 lebih baru sampai dan oh...penatnyer.....rasa macam mau cium-cium lantai rumah waktu sampai. Apa keputusan besok ye? Yang pastinya kami bukan Johan...
0 comments:
Post a Comment