Tuesday, November 15, 2011 | By: Luna Biru

HAri Perisian Sumber Terbuka & Majlis Augerah Johan Negeri Pertandingan OpenOffice.org. 2011 peringkat Kebangsaan


Fuh...akhirnya berjaya juga aku upload kan gambar-gambar ni setelah berhempas-pulas selama 5 hari...Entah apa kenanya dengan line internet yang tak berapa bagus sejak akhir-akhir ni. Well...MAXIS....biasalah...

Baiklah.

Ini adalah hari yang paling kami tunggu-tunggu selama ni, iaitu hari kami dinobatkan menjadi Johan Negeri Sabah bagi Pertandingan OpenOffice.org 2011 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh KPM dan MAMPU. Tapi nampaknya pemergian kami kali ini tidaklah seindah seperti kali pertama datang ke sini dulu. Kalau hari tu, kami datang lengkap satu kumpulan, bersama abang menjadi body guard. Tapi hari ini, cuma aku dan Anis yang datang ke sini. Sebabnya? JPN tak ada bajet mau support untuk semua ahli kumpulan, kecuali untuk guru penasihat. 

Tapi memang dasar aku, tak pernah mau mengalah. Dalam masa sesingkat kurang dari 24 jam, aku berusaha juga mengumpul dana untuk membawa Anis terbang bersama. Bagi aku, ini adalah hasil titik peluh dan usaha dorang,maka memang sepatutnyalah dorang yang kena pergi mengambil hadiah tersebut. Alangkah janggalnya nanti kalau pada hari anugerah tersebut, wakil dari Sabah cuma aku sorang saja yang naik pentas. Dan, Alhamdulillah....akhirnya aku berjaya juga mengumpul dana lebih dari jumlah yang sepatutnya. Tolak tambang last minute Anis sebanyak RM1290, kami masih ada sedikit bajet untuk dibuat belanja nanti. Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan kilat kepada team Sk.Surati...

Kami berangkat pada 09/Nov/2011 ke KLIA bersama seorang lagi wakil JPN, Cik Hayati Sabdin. Waktu naik airplane, aku rasa macam mau nangis saja. Its not supposed to be like this,kan? Rasa bersalah sangat dengan Farah dan Qayyim sebab tak mampu usahakan sesuatu untuk dorang. Mudah-mudahan 29 Nov nanti takkan jadi macam ni lagi. 

Kami ditempatkan di Hotel Empress Sepang. Pertama kali menjejak kaki ke Sepang, aku rasa macam balik ke zaman Portugis pulak. Thus, rasa macam ke set lokasi filem gangster pun ada jugak. Hehe...


Sepang shopmall
Encik Din, warga KPM menjemput kami di KLIA
Anis di receptionist hotel
Inilah bilik kami. Kalau di KK macam hotel Tang Dynasty la kali rate hotel ni. 
Cik Yati dan aku sedang tunggu bas jemput untuk ke Putrajaya
Anis dengan senyuman bangganya...
This is for Surati..
This is for Sabah....
This one? For me...
Dalam bilik tayangan
Breakfast time jam 9.00a.m Lapar gilak ooo tapi makanannya mamak style so pedas sikit. 
Di ruang lobi auditorium
Di tapak pameran. Best banyak dapat pen percuma. 
Urusetia KPM yang well manangement. Memang pro. Thanks to Azimah. 
Its time to go....
Sedapnya makan di cafe ni...ROTIBOY di Alamanda
Ni tengah tunggu adik aku si Alim ambil untuk meneruskan journey cuti-cuti Malaysia a.k.a lawatan kami....
Majlis berakhir pada jam 1.30 p.m. Selesai saja makan tengahari, kami pun berangkat ke Alamanda untuk tunggu adik aku si Alim ambil. Ke mana kami lepas ni? Hmm....stay tune...k...

Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan penerbangan Anis...
  • YB GHULAM BAHADAR KHAN
  • YB ROSNAH SHIRLIN
  • FAH HIN HARDWARE
  • HAJI HUSSIN AHMAD BEE
  • HAJI ZULKIFLI
  • MR. KENNETH LAWRANCE
  • ENCIK ABIDIN MARJAN
  • COMETRA TRAVEL 















0 comments:

Post a Comment