Friday, November 25, 2011 | By: Luna Biru

Sempurna

Kadang-kadang kita manusia ni terlampau asyik mahu jadi sempurna. Atau juga merasa diri sempurna sampai merasa berhak untuk menghukum orang lain atas kesalahannya. Kita labelkan orang tu si pendosa dan maka bermulalah episod penghukuman yang kita rasa berhak untuk kita lakukan. Lebih malang lagi bila kita mula ajak orang lain untuk sama-sama menghukum si pendosa tersebut. Oh, besarnya pangkat kita di dunia ni ya? Sampaikan berhak untuk menghukum orang lain dengan hukum cerca dan benci. Klimaks hukuman bila kita berjaya hasut orang lain untuk kurung orang tu di penjara malu dan kemudiannya kita pulaukan pula dia dari kekal menjadi jemaah dalam lingkungan kita yang sempurna ni.

Hebat! Betul-betullah kita hebat sebab berjaya pengaruhi orang lain untuk turut dalam sengketa kita. Pernah fikir pasal dosa tak? Kenapa kita sibuk hitung dosa orang yang kita benci tu sedangkan apa yang kita lakukan tak langsung membawa pahala? Kenapa pula kita fikir bahawa kita terlepas dari dosa sedangkan kita sendiri sedang membawa ramai lagi manusia untuk membuat dosa dengan membenci dia? Di mana peranan kita sebagai muslim bila kita sebenarnya sedang melumpuhkan ikatan persaudaraan dengan hukuman demi hukuman yang kita jatuhkan pada dia?

Silalah benci aku kalau entry ini berbaur sakatik melampau. Tapi entry ini memang untuk kau.

0 comments:

Post a Comment