Tuesday, November 15, 2011 | By: Luna Biru

Birthday abahku

Semalam kami sambut ulang tahun abah yang ke 65 tahun. 


Dulu kecik-kecik aku selalu fikir kalau orang sudah umur 60 tahun, mesti sudah tua dan kerepot. Yalah kan...Rasullullah pun wafat dalam usia 63 tahun. Tapi bila abah sudah menjangkau di usia ini, rasanya, tanggapan aku salah. Tengoklah abah tu...masih nampak muda dan fit lagi. Boleh lagi dia menguar simen sorang-sorang dan pasang atap. 
Seperti biasa, majlis sambutan ulang tahun abah akan disambut dengan sederhana tapi dijamin meriah. Abah akan sambut majlis ni serentak dengan adik aku si Oyo dan cousin aku si Mayang. Beginilah acaranya setiap tahun. Paling penting, pulut kuning tak pernah tinggal. Menu wajib tu....

Dulu bila abah merajuk dengan sikap nakal aku, abah selalu cakap yang dia tak tahu mau explain apa sama Allah nanti di akhirat kalau Allah tanya kenapa aku ni tak sebaik ajaran Islam yang sebenar. Sekarang bila sudah jadi ibu, aku pun cakap benda yang sama dengan aku. Barulah aku tahu apa rasanya...

Ok lah. Selamat ulang tahun untuk ayahandaku yang tercinta. Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang unggul dan mewariskan keunggulan itu untuk kami. Mungkin kami tidak menjadi seperti apa yang abah impikan. Tapi mudah-mudahan segala ajaran dan nasihat abah akan terus jadi bekalan hidup kami sampai bila-bila. 

Abah, Acil sayang abah...

12 tahun menjadi atok dengan 10 cucu. Ni baru sebahagian nih. 
Mayang, anak buah kesayangan abah share tarikh lahir yang sama. Mizan di belakang sedang tunggu giliran.  
Si Ade salam ada makna sebab mau dapat cokelat. Mizan masih tunggu giliran sebab dipotong oleh Ade.
Ni saja aku dapat kasi abah. Tu pun share ngan Along. Ekonomi meleset bro...
Yeah...potong kek tu, Bah
Ni pula tugas aku tahun2
Atim pun turut serta oooo....
Acara makan-makan is ready to go...
Setiap kali menyambut acara ni, aku selalu terfikir mugkin inilah sambutan yang terakhir aku akan hadiri. Kalau tak aku, mungkin orang yang dirai akan pergi dulu. Mungkin agak ridicolous menyebut hal sebegitu. Tapi itulah kenyataan,kan? Usia bukan di tangan kita...

Apapun, sayangilah orang yang menyayangi seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kamu akan melihatnya...

2 comments:

Fadleena J. Noo said...

Abah.. Happy Birthday... Sori lewat disampaikan.. Bongkar-bongkar Blog Kak Riney.. So excited...
Sorry Kak.. Conteng-conteng jap

Luna Biru said...

oh dialu-alukan Lena...thanks.

Post a Comment