Sunday, November 27, 2011 | By: Luna Biru

Gempak Selebriti Astro di 1B II

Arin bersama Saiful, peserta Masterchef Malaysia
Baiklah. Seperti perjanjian dengan Mizan semalam, jadi hari ni kami sekali lagi bergerak untuk menonton Gempak Selebriti Astro di 1B Hypermall, KK. Sebenarnya aku malas benar mahu pergi untuk kali kedua apalagi bila mengenangkan yang esok aku harus berangkat ke KL. Biasanya kalau perlu bepergian ke luar kota (wah...macam ibdon bunyinya), aku lebih suka habiskan masa di rumah dan releks-releks saja. Tapi bila mengenangkan muka seposen Mizan yang kepingin betul jumpa Upin Ipin, aku jadi tak sampai hati pulak.
Kami sampai agak lewat sekitar jam 2.30pm. Kawasan tapak konsert sudah penuh dan sesak. Aku rasa macam mahu balik saja waktu tu sebab tak sanggup mahu berhimpit-himpit ke barisan hadapan. Kalau stay di belakang yang nampak cuma kepala orang. Takkanlah aku nak mendokong Mizan sepanjang konsert pula,kan? Akhirnya, aku betting untuk berasak juga walaupun aku bakal kena maki sebab potong barisan. Hentam sajalah. Alang-alang sudah menyeluk pekasam, biarlah ku seluk sampai ke pangkal lengan.

Dan rasanya, tak rugi juga berada di sini sebab showcase astro ni memang gempak dan happening. Ada ramai artis jemputan terutamanya bintang-bintang AF. Oya, penyanyi jemputan dari tanah seberang si Acha Septriasa pun ada memeriahkan majlis sebagai duta INDOPEK. Suara memang ngetop! Acha nyanyi 3 buah lagu tapi sayang lagu pebret aku dia tak sempat nyanyi sebab teknition tersilap picit lagu My Heart. Si Zaquan pemain bola tu pun tak ketinggalan untuk menjadi duta ARENA. Tengah berasak-asak tu, Anis terperasan pula si Saiful, peserta Masterchef Malaysia. Memang steady dan kontrol macho si Saiful ni. Sepatah perkataan pun aku tak dengar dari mulut dia. Asyik senyum saja melayan kerenah anak-anak aku ni.

Showcase ni berlangsung selama 3 jam dan dihoskan oleh Jimmy Shanley. Ok sebelum aku mengulas lanjut, jom layan gambar dulu k...

Saiful Masterchef Malaysia yang cool gilak. 
Zaquan dan Azlan 
Ni Zaquan tengah main Soccer PS3 lawan peminat. 
Persembahan Acha memang sangat memukau dan sangat pandai berkomunikasi dengan peminat. 
Nasib adik ni sporting dan hafal lagu si Acha. 
Zahid berjoget waktu bawa lagu My Heart duet dengan Acha.  Zahid memang teror dalam menghangatkan suasana. 
Erul si mister K-Pop yang try harder untuk memeriahkan suasana. Good job, Erul. but should work more effort. 
Yang ni pulak si Emma, AF9. Aku tak berapa cam sangat sebab aku termissed AF9 waktu minggu-minggu awal. Suara Emma  power juga ooo...Tapi kan ke best kalau nyanyi lagu dusun sket. 
Ustaz Akil Hayy yang tak berapa menyengat hati penonton walaupun berjaya bawa lagu dengan indahnya. Kehadirannya buat aku insaf pasal Awal Muharram. 1433 tahun yang lalu, Rasullullah dan kaumnya merentas padang pasir untuk berhijrah. Tahun 2011, rakyat Sabah berhimpun tengok konsert. Oh...malunya aku....
Mawi dan Akill Hayy bawa lagu favorite aku, HAMBAMU. Sayang aku tak sempat rakam video untuk lagu ni. Huhu...
Mawi bawa lagu KIAN. Aku teringat waktu mengandung Mizan dulu, aku tergilakan budak Mawi ni. Ngeh...
Zahid penyeri suasana. Aku anugerahkan dia The Real Entertainer! Cayalah kau Zahid!
Aril pun bagus komunikasi dengan penonton. Tapi waktu ni aku tiada sebab bawa si Ade g makan. 
Aril nyanyi lagu Menatap Matamu
Adira yang berkulit putih melepak macam snow white. Suara memang tak boleh dipertikaikan lagi. 
Hazama yang punya sejarah sendiri dalam AF. Tapi sayang HAZAMA FC buat kantoi dengan memeluk dan menciumnya di atas pentas. Adeh...kau tak takut dosa tapi orang lain tau dosa dek...apa da punya peminat fanatik. Sorry, aku tak sempat snap out moment tu. 
Lagu 'Tanya sama Pokok' yang paling aku suka. Zahid sekali lagi jadi pengiring. memang versatile dan sporting si Zahid. Tak sia-sia aku kagum dengan dia dari AF2 lagi. Walaupun kau dah nampak tua Zahid, aku tetap sokong kau. 
Ni selendang yang peminat fanatik tu kasi.
Acara penutupan yang meriah. 
Selesai saja acara penutupan artis, Angah dan Mie Raja Lawak pun take over majlis tu. Ingat sudah habis sebab acara babai-babai peminat sudah berlangsung. Nasib baiklah Mizan berkeras juga bertahan di situ sebab Upin Ipinnya belum muncul-muncul. Angah dan Mie handle acara bersama peminat.

Angah dan Mie Raja Lawak
Mizan cuba bawa-bawa hatinya dengan bermain futsal yang tak pernah gol di kakinya. 
Si Ade pula try jadi keeper
Adik-beradik yang tak sama muka dan karakter. 
Mizan mula bengang bila aku paksa dia balik. Terus dia meluru ke pentas dan tunggu Upin Ipinnya. 
Dan oh...akhirnya penantian Mizan membuahkan hasil juga. Upin Ipin pun keluar sebagai acara penutupan petang tu. Apa yang bestnya, Upin ajak Mizan dan Ade untuk naik ke pentas dan menari bersama. Apalagi dorang pun bantai shuffle walaupun waktu tu tengah main lagu Hindustan. Maka tercapailah impian Mizan untuk berjumpa dengan karakter kesayangannya tu plus bonus menari lagi. Bolehlah aku tidur dengan lena malam ni tanpa tuntutan janji dan rengekannya lagi. Amin...

Yeah...bantai ko Mizan, Ade. 
Mizan siap cium tangan lagi. 
Giliran Mizan untuk bergambar dengan Upin dibentes oleh peminat. Jadi aku snap out saja mana yang patut asalkan dia happy.
Waktu konsert sudah habis, baru Mizan perasan ada booth Masterchef. Punyalah dia happy dan berlari ke situ dan minta aku gambarkan posenya yang dirasanya paling menarik. 
Alamak...nampak pula perut Mizan. Pix ni diambil oleh kru Astro yang baik hati. 
Oh Mizanku....
Baiklah...selesailah sudah acara gempak selebriti Astro 2011 di KK. Tahun depan, mungkin dorang akan bawa si Boboy Boy lagi untuk jadi ikon seterusnya. Dan aku harap waktu tu aku masih kuat macam hari ni untuk bentes-bentes barisan semata-mata untuk bawa anak-anak aku ke depan konsert. Apapun, aku cukup kagum dengan PA system dan Sound System yang mantap gila sampaikan semua suara orang jadi nampak sedap di dengar. Walaupun aku terperasan kru di belakang baru download lagu di youtube semasa persembahan, tapi overall, semuanya ok. Cuma sayang Astro tak buka booth jualan. Asyik lempar-lempar souvenir yang agak terhad buat kita rasa dengki untuk memiliki barang tersebut terutamanya baju dan topi ARENA. Kalau dijual kan ke best...

Ok. Setakat ini dulu buat malam ni. Aku mau packing sebab besok mau teruskan journey aku yang menakutkan tu...Mudah-mudahan ada miracle yang membuatkan kami bertukar nombor jadi johan kebangsaan pulak. Oh...kalaulah ianya benar-benar berlaku! Insya Allah...(Eh, mana tau juri silap kira undi macam AIM,kan? Ngeh...)



Oya, peduli apa aku kalau kau cakap aku ni pun fanatik artis. 

0 comments:

Post a Comment