Thursday, November 17, 2011 | By: Luna Biru

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

VIP yang hadir

Maka inilah harinya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh murid yang berada dalam kategori 'cemerlang' untuk naik ke pentas dan menerima pengiktirafan sebagai murid cemerlang sesuai dengan tajuk acaranya. Acara ni dirasmikan oleh wakil PPD iaitu Encik Shahrin Bin Haji Liman.


Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan lancar dan siap lebih awal dari jangkaan. Cuma apa yang dikesalkan ialah sound system yang tak berapa bagus dan merosakkan mutu nyanyian dan persembahan. Entah apa masalahnya sebab waktu reharsal kemarin, tak pula jadik macam nih.

Apa yang menariknya, MAPC kali ini diadakan serentak dengan Majlis Konvokesyen Prasekolah Sk.Surati. Selepas majlis diadakan, keputusan UPSR pun diumumkan. Meskipun peratus keputusan agak menurun, tapi dua orang murid berjaya mendapat 5A. Tahniah buat Loonie dan Sarah.

Emcee majlis, Arif dan Azmi
Ustaz Kamal memimpin bacaan doa
Alu-aluan dari Encik Duraman Bakar, GB Sk.Surati
Alu-aluan dari Encik Moktar Matyassin, YDP PIBG
Rafidah dan murid PKnya.
Si Jai akan ketuai persembahan nasyid
Khasmira, the best leader in Kalam Jamaie (Choral Speaking  BahasaArab)
Ready untuk persembahan Action Song
Black n Red dari Noy and Jane
Hebatn gabungan warna ni,kan? Ni satu-satunya gambar yang aku ada untuk majlis ni
Zikrul yang comel
Ucapan perasmian dari wakil PPD, Encik Shahrin Liman
Cendehati untuk tuan perasmi
Persembahan Kalam Jamaie yang kurang menyengat berbanding dua hari lepas akibat kelemahan sound system
Noy dan Eileen yang bertugas bahagian hadiah di atas pentas
Ni murid terbaik dari kelas 6C, Dayang Sarah
Izaan, kelas 6I
Joe Danish, semoga terus cekal mengahdapi kehidupan
AJKT PIBG, Puan Suzana, Puan Salina dan Encik Moktar Matyassin
Persembahan nasyid yang juga tercalar akibat sound system. Sayang betul,kan? 
Encik Moktar tengah test power mata
Persembahan action song yang comel sangat
"Nah Leen, kau mau kah ni hadiah?" tanya si Noy,kali. Hehe...
Asdee wakil untuk pengawas
NI persembahan terakhir, iaitu koir pimpinan Kak Anah. Lagu favorite aku ni
Kak Anah sedang conduct team koirnya.

Wakil prasekolah sedang beri ucapan
Ni nangis sebab topinya longgar. Sadeh bah!
Ni ok sudah sebab topinya sudah ketat balik
Nasha Erika, anak Kak Jane
Tahun depan Nasha tahun 1 sudah. Bolehlah aku ragging dia ni. Hehe....
Prasekolah sedang buat demo lontar topi
Yang ni si Hazly yang menangis sebab gembira sangat lulus UPSR
Nurul yang happy banget
HAsbi yang terkedu sebab gagal BM Penulisan. 
Cress dapat anugerah Pusat Sumber
Inilah dua murid yang dapat 5A
Dayang Sarah
...dan Loonie
Kak Leha, Kak Ju dan Kak Anah
Marha, tempat ke-3 kelas 2I
Nadeem, johan kelas 3I
Farah Afiqah dapat no.2.
Tahniah Syazwi, johan 4I
Yang ni Izwan 
Tahniah Emilya, kelas 5C. Kelas Anis ni
Qayyim dapat no.2
Miza anak kak Min yang cemerlang
Loonie yang sentiasa senyum. Tahniah Lonie...
Luqman, johan kelas 2I. Kelas si Acik







Once, seorang murid aku yang bernama Sofea ada datang dan tanya aku, kenapa sikit sangat orang yang dapat 5A di Surati ni? Katanya, kalau di sekolah lamanya dulu, 5A tu semua orang pun boleh dapat. So, aku pun tanyalah dia balik, bagi pendapat dia, kelemahan itu datangnya dari mana? Adakah dari cara guru di Surati ni mengajar tidak sehebat di sekolah lamanya dulu, atau sebab murid di Surati ni tak hebat macam murid di sekolahnya. 

Lama juga dia temenung sebelum akhirnya dia jawab macam ni...
"Well, I think because of the students..."

Well...aku tak mahu komen pasal benda ni. Nanti sensitif dan singgung mana-mana pihak. Apa yang pastinya, pertanyaan Sofea dan jawapan Sofea buat aku malu sendiri. Aku terlihat kekurangan diri aku dalam mengajar dan mendisiplinkan anak-anak aku dan murid-murid aku tentang disiplin ulangkaji di rumah. Sebagai ibu, sometimes aku cuma tahu marah dan suruh anak-anak aku belajar. Yes, aku pantau tapi aku tak bimbing dorang tentang cara belajar yang betul. Apa cara belajar yang betul? Guess itulah yang selalu tertinggal untuk kita terapkan dalam diri anak-anak. 

Dan, bila tengok betapa gahnya pentas kami hari ni, hasil daripada usaha keras semalam, hati aku pun berdetik longlai. Tidak ada seorang pun dari anak-anak aku yang naik ke pentas itu untuk diberi pengiktirafan sebagai pelajar cemerlang. Tapi mungkin Abe betul juga. Katanya, memang kami tak ada rezeki di pentas ini. Tapi rezeki kami ada di padang dan kokurikulum. Ok. Itu aku tak nafikan. Mungkin aku tak sepatutnya tamak. 

Ok. Cukup sampai sini dulu. 

0 comments:

Post a Comment