Tuesday, November 1, 2011 | By: Luna Biru

Baghban


Have you watched BAGHBAN?

Aku tak sengaja tertengok filem ni kelmarin malam di B4U, pakej Mustika. The word 'tak sengaja' sebab remote control yang aku tengah pegang tidak dapat berfungsi dengan baik. Lain nombor yang aku 'pisit', lain pulak yang keluar. Lepas tu, bila mau di'pisit' balik, nda dapat pulak. Sudahnya, aku malas mau berjalan ke decoder untuk tukar secara manual. Akhirnya, aku layan sajalah filem hindi ni. Why not? Lagipun lama sudah nda tengok filem hindi,kan? The last time aku tengok filem My name is Khan. Pelakon filem ni pun bukan calang-calang orangnya. Mereka adalah lagenda filem hindi iaitu Amitabh Bachchan dan Hema Melanie. 

Dan, aku betul-betul tak menyesal menonton filem ni. Apa yang bestnya, malam tu, kami sekeluarga menonton bersama, termasuklah abah. Meluangkan masa selama 3 jam di depan tv membuahkan sebuah ilham tentang cinta yang diterjemahkan begitu indah di layar perak. Ia adalah satu karya paling halus dan seni yang menguras airmata sampai kita teresak dalam insaf dan iri. Iri? Ya, aku iri sekali melihat cinta yang dipamer melalui watak suami isteri, Raj Malhotra dan Pooja, lakonan hebat Amitabh Bachchan dan Hema Melanie.

Menonton Baghban membuat aku terpanggil untuk menilai kembali makna cinta dalam kehidupan kita. Apa sebenarnya cinta itu? Bakal sampaikah aku ke tahap cinta yang begitu tulus seperti mereka? Melihat mata mereka bertatapan saja sudah cukup untuk menyakinkan kita betapa dalamnya cinta mereka. Betapa aku iri sekali untuk mempertahankan cinta sehebat itu dalam usia seemas itu. Meminjam dialog dari filem tersebut (yang bunyinya lebih kurang macam ni)...

"Meski tubuh tuaku sudah renta dimakan waktu, meski waktu sudah menelan mudaku dan remajaku, namun satu yang tak pernah terhakis dimamah waktu, iaitu cintaku untuk seorang wanita yang bergelar isteriku. Dan, walauapapun yang telah Tuhan berikan padaku, lalu diambilnya kembali, lalu digantikannya lagi dengan sesuatu yang lain, atau sebesar apapun dugaan yang dihidang di hadapanku, atau nikmat yang terbentang di depan mataku, atau kemudiannya nikmat itu dihilangkan lagi dan diganti dengan musibah yang tak daya kutanggung, ia takkan pernah menyamai satu anugerah yang Tuhan berikan, yang tak pernah dikurangkannya, atau diambilnya, iaitu anugerah seorang pendamping hidup yang begitu setia memakan secebis demi secebis musibah yang mengelilingiku. Betapa aku bersyukur diberikan kesempatan untuk memiliki sebuah bahagia yang membuatkan aku tidak pernah mahu meminta apa-apa lagi, selain menyintai dan dicintainya. Kepada isteriku, aku cinta padamu. Terima kasih kerana membuat aku merasa sangat bertuah menjadi milikmu..."

Oh, alangkah indahnya bait-bait itu! Meski ayatnya panjang-panjang tanpa titik, tapi ketika Raj melafazkannya dalam sebutan sepatah-sepatah, ia kedengaran sangat indah di telinga. Kata-kata itu membuat aku melambung-lambung ke langit esak penuh keharuan. Demikian bernilainya makna cinta dalam kehidupan hingga mampu menguatkan yang lemah, malah membangunkan dunia yang alpa. Ada satu lagi dialog filem ini yang membuat aku tersentuh...


"...manalah aku tahu bahawa mulutku yang dulunya muda dan ranum ini, yang menyanyikan lagu untuk mendodoikan si anak sampai lena, rupanya sekarang adalah bunyi bising yang membingitkan telinga. Manalah aku tahu bahawa tanganku yang tua dan genta yang tak mampu melakukan kerja ini adalah dulu tangan yang menyisir rambut mereka dan mengancingkan baju ke sekolah. Manalah aku sedar bahawa mataku yang dulunya adalah mata yang telah mengajar mereka melihat dunia sudah tidak berguna lagi hingga disuruh tutupkan saja agar tak melihat lagi dunia yang begitu asing di mataku.

Ketika si anak berkata bahawa kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri dan bukannya berasal dari berkat didikanku, aku tersinggung sekali. Tapi bila kufikir-fikir, mereka betul. Apalah yang pernah seorang kerani pejabat dan seorang surirumah pernah lakukan untuk menjadikan seorang anak menjadi manusia? Memang mustahil seorang seperti aku dan isteriku mampu mendidik anak hingga mereka menjadi manusia yang mempunyai kerjaya yang jauh lebih tinggi dan mulia berbanding kami.


Ketika seorang anak berkata bahawa dia ingin mengumpul duit kerana tak mahu menjadi orang tua yang meminta-minta, aku sedar. Bahawa itulah aku, seorang tua yang tidak sedar diri. Meminta-minta ihsan anak untuk mengharapkan tempat berteduh sepertimana aku yang telah mengorbankan seluruh impianku untuk menyediakan tempat mereka berteduh..."

Indah,kan? Satu sindiran paling halus yang pasti menyentuh hati yang disindir. Dialog tu tak tepat 100% ok. Aku hanya cuba menterjemahkannya dalam bentuk yang lebih mudah aku fahami. Tentu saja yang orginal lebih indah dari itu.

41 tahun menyulam kasih bersama, jangankan luntur, bergimang pun tidak. Sedangkan kita?

Oh, aku bukan terawang tengok filem ni sampai angau teruja melihat fantasi ok. Cubalah korang tengok sendiri dan buktikan aku salah. Filem hindi memang terkenal dengan kisah cinta yang mengkhayalkan. Tapi itu tidak akan bermakna apa-apa kalau pelakonnya tak ambil peranan dan skrip filem berterabur dengan jalan cerita yang ntah ke mana-mana. Itulah kehebatan sebuah filem sebenarnya. Kalau filem melayu kita boleh angkat tahap ni, aku betul-betul salutelah. So pelakon Malaysia, pigilah India dan belajar cara penghayatan watak dari yang pakar.

Tie...maybe kau bukan kaki hindi. Aku pun. Tapi filem itu dinilai kerana mutunya,kan? Jom cari filem ni dan tengok.

0 comments:

Post a Comment