Ini lagu paling mantap gila aku pernah dengar selepas 'Alhamdulillah'. Keduanya dinyanyikan, dikompos dan dicipta oleh orang yang sama, iaitu Malique, bekas Too Phat.
Dan aku masih menjadi pengagumnya. Kau tahukah cik Malique? Aku adalah pengagum pada seni lirikmu. Ia buat aku merasa hidup. Lirikmu yang kau susun indah itu adalah helaian bicara yang paling jujur tanpa perlu menjadi kurang ajar.
Siapa kata lagu-lagu dalam genre sebegini adalah bullshit semata-mata? Dengar dulu liriknya. Hayati dulu. Jangan mentafsir dengan hijab yang terselungkup. Kalau tidak, benarlah kau si katak melalak itu.
Dan aku tujukan lagu ini untuk dia....dan mereka...dengan ucapan, it almost a year....!
0 comments:
Post a Comment